Sunday 18 December 2011

Jom Sertai Jambori Remaja Muslim Johor - 3



Assalamua’laikum adik-adik, bagaimana cuti kali ini? sudah diisi dengan perkara berfaedah?

Ingatlah masa itu adalah kehidupan, jika anda mensia-siakan masa, maka anda mensia-siakan kehidupan anda. Lebih berat lagi Allah meletakkan tanggung jawab amalan pada setiap saat kepada kita, dan kita diberi pilihan…sama ada jalan kebaikkan atau kefasikan
( وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ (١٠
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (10)

Jadi, berhati-hatilah dengan pilihan anda!

Bagi yang masih menjalani peperiksaan SPM, kami doakan semoga Allah mempermudahkan anda menjawab soalan. Anda telah berusaha dan natijah (keputusan) adalah milik Allah.
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)…

Jom ke Jambori Remaja Muslim Johor – atau JIRIM siri ke-3, yang akan membawa anda kepada amal soleh dalam pembinaan jatidiri dan jasmani serta rohani seorang remaja Muslim dengan aktiviti outdoor dan games yang menarik!

untuk maklumat lanjut sila lawati

http://jamborijohor2011.wordpress.com

InsyaAllah jumpa anda di sana

10 wasiat Asy-Syahid Al-Imam Hassan al-Banna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Di kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh!
Apa tunggu lagi Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat-mengumpat.Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain.Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan... ! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal... " (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. wassalam

BAHAN MENGAPA PELAJAR TIDAK BERMOTIVASI

1.TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT YANG JELAS TENTANG HALA TUJU HIDUP PADA MASA DEPAN

“Jika kita tidak tahu apa yang kita mahu, mustahil kita dapat apa yang kita mahu.”

Tanpa Matlamat:
• Manusia meraba di dalam kegelapan
• Manusia sering dihanyutkan oleh pengaruh semasa
• Manusia mudah tewas sebelum berjuang

Pelajar Bermatlamat Akan Sentiasa Terbayang di Mindanya ...
• Keputusan peperiksaan yang bakal diperolehi
• Cita-cita yang menggunung
• Rupa bentuk kehidupan masa depan

Ciri-Ciri Matlamat –SMART :
• Special untuk diri dan keluarga, akan ku buktikan
• Mencabar tetapi mampu diperolehi
• Aku yang memilihnya, bukan orang lain
• Rancang dari sekarang, bukan hampir peperiksaan
• Tuliskan dan rujuk setiap hari sebagai perancang berterusan

JENIS-JENIS MATLAMAT :
• Jangka pendek
• Jangka sederhana
• Jangka Panjang

Matlamat Jangka Pendek
• Berapa markah / gred yang akan diperolehi di dalam peperiksaan bulanan / penggal
• Bila aku akan tamatkan ulangkaji Bab 1 hingga Bab akhir
• Bila aku akan hafal semua formula yang dipelajari pada tahun lepas

Matlamat Jangka Sederhana
• Keputusan peperiksaan sebenar ( UPSR / PMR / SPM / STPM )
• Universiti idaman dan kursus yang ingin diikuti

Matlamat Jangka Panjang
• Kerjaya Idaman
• Cara gaya kehidupan masa depan – Aku sebagai manusia DEWASA


2. TIDAK MENGENALI POTENSI DAN KEHEBATAN DIRI
“ Di dalam diri kita terdapat harimau dan naga yang sedang tidur. Kejutkanlah dia. Mudahan dia akan bangkit menggegarkan alam dengan suara halilintar dan tenaga perkasa. – Anda akan lihat dan rasai kuasanya. ”

Potensi Diri
• Manusia adalah sebaik-baik kejadian
• Akal yang waras dan kebolehan menyerapkan ilmu dengan sempurna
• Tenaga dalaman yang perlu dijana, bakat dan kepandaian yang tersedia serta semangat yang menanti untuk dibangkitkan
• Kekuatan fizikal dan kesihatan badan yang memungkinkan kecerdasan akal

3. TIDAK MENYEDARI TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG DIPIKUL SEBAGAI SEORANG ANAK DAN PELAJAR

• Harapan Ibu Bapa:
o Anak Soleh/ Solehah
o Anak cemerlang akademik
o Anak yang menebus maruah keluarga
o Anak yang menjadi pendorong kepada adik beradik lain
o Anak penghibur dunia akhirat

TANGGUNGJAWAB :

• Patuh perintah Allah dan meninggalkan perbuatan dosa
• Masa muda untuk menyemai kecemerlangan
• Pelengkapkan diri dengan ilmu dan amal
• Pandai menggunakan kesempatan dan peluang yang diberi demi menggarap kejayaan
• Berkelakuan sebagai anak soleh / solehah
• Berkesedaran tinggi
• Menjaga maruah dan air muka ibu bapa
• Sentiasa menghibur hati ibu bapa
• Sentiasa menghormati dan patuh kepada peraturan sekolah
• Menjaga adab-adab menuntut ilmu
• Menghormati dan mengetahui adab berguru


4. TIDAK MEMPUNYAI PERANCANGAN AKTIVITI YANG AKAN DILAKUKAN SETIAP HARI

“Tiada manusia merancang untuk gagal, yang ada hanyalah manusia yang gagal untuk merancang.”
“Jika anda gagal merancang sebenarnya anda sedang merancang untuk gagal.”
AGENDA BERTINDAK SETIAP HARI

• Rancang aktiviti setiap hari
(Jadual harian bermula dari bangun tidur hingga tidur malam )
• Bertekadlah untuk memenuhi jadual harian
• Kenalpasti pencuri masa dan elakkan
(Radio / televisyen / kawan / bacaan ringan )
• Semak senarai semak berdasarkan perancangan aktiviti harian

5. TIDAK TAHU MENYELESAIKAN MASALAH PERIBADI DAN MASALAH PEMBELAJARAN


Cara Menangani Masalah
• Sentiasa positifkan pemikiran
• Kenal pasti punca masalah
• Bersedia untuk berkongsi perasaan dengan orang
• yang boleh dipercayai – ahli keluarga, kaunselor
• Penyelesaian masalah menurut pendekatan Islam
• Pembersihan hati – Ibadah khusus – Zikir – Membaca Al-Quran

6. TIDAK BIJAK MEMILIH KEUTAMAAN TERHADAP AKTIVITI HARIAN
“ Beri keutamaan kepada yang utama. ”

7. PERSEKITARAN YANG TIDAK KONDUSIF
• Tiada tempat belajar yang khusus
• Gangguan luar
• Rakan di asrama / rumah sewa yang tidak
• membantu
• Tempat belajar yang tidak terurus


8. PENGARUH RAKAN SEBAYA
Ciri-Ciri Rakan Yang Membantu
• Mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama
• Selesa yang berterus terang dan berkongsi perasaan
• Pandai menjaga hati
• Ringan tulang
• Sanggup menegur perbuatan yang salah

Wednesday 14 December 2011

AKHLAK ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

1. AKHLAK MULIA TERHADAP ALLAH DAN RASUL
a. Mengabdikan diri kepada Allah – Solat, Mengaji Al-Quran atau berpuasa dan
lain-lain.
b. Ibadah diabaikan – Penghalangnya – TV, Komputer, telefon dan lain-lain.
c. Pengabdian – wajib setiap hari – sama ada minat atau tidak. (Contoh:
Menutup aurat, solat, puasa)
d. Mengasihi Rasulullah SAW – bermati-matian untuk menyebarkan Islam
e. Penderitaan, Kesengsaraan, peperangan dan pelbagai keperitan ditempuh –
wajar kita mengasihi

2. AKHLAK MULIA TERHADAP IBUBAPA DAN KELUARGA
a. Mengasihi ibu bapa – meletakkan orang yang paling penting dalam hidup-Jasa dan Pengorbanan terlalu besar
b. Menghormati ibu bapa – contoh : tidak menghormati ibubapa: kurang beradab
dan sopan, berkata kasar, perbuatan yang melukakan ibubapa, perlakuan yang
menunjukkan tidak menghormati ibubapa dan lain-lain.
c. Berterima kasih kepada ibubapa - ingat pengorbanan ibu bapa.
d. Mengkhidmati ibubapa – member layanan, pertolongan dan bantuan kepada
ibubapa dengan kerelaan dan kasih sayang.
e. Membantu ibubapa di rumah- jangan sampai dimarahi, dikerah dan dipaksa.
f. Sering mengenang jasa- ibubapa insan yang sangat bertanggungjawab
membesarkan, mendidik, banyak pengorbanan dan lain-lain.
g. Harapan ibubapa – tidak meminta balasan tetapi anak jadi orang berguna dan
mengenang jasa.
h. Perhubungan dengan ahli keluarga – akrab, persefahaman.

3. AKHLAK MULIA TERHADAP GURU
a. Menghormati Guru – Guru Insan Mulia –Mendidik,Memberi Ilmu Dan Membimbing Kita
b. Mengenang Jasa Guru – Menzahirkan terima kasih
c. Adab ketika di dalam kelas – tidak mengganggu guru mengajar,melawan kata
dan lain-lain. Faham adab terhadap guru.

4. AKHLAK MULIA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
a. Akhlak Ketika Di Rumah c.Akhlak Ketika Di Sekolah
b. Akhlak Ketika Bersama Rakan

CELIK MATA HATI - BACK TO BASIC

.

PANDANGAN MATA SIFATNYA MENIPU,
PANDANGAN AKAL (FIKIRAN ) PULA BOLEH KELIRU.
PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU.
PANDANGAN YANG PALING TEPAT DAN HAKIKI IALAH PANDANGAN MATA HATI….

USAHA MEMPERBAIKI DIRI BUKAN SUATU SURATAN
( DESTINY ) TETAPI SUATU PERJALANAN ( JOURNEY ).

Malah,tidak keterlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang ( the long braeth war ).
Kita akan sentiasa berubah,sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya.setiap hari proses perubahan sentiasa berlaku.jika tidak menaik, kita pasti sedang menurun.

KATA ORANG BIJAK PANDAI :
Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
Orang yang terpedaya,orang yang hari ininya sama seperti semalam.
dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam

KITA DI GOLONGAN MANA :
BERJAYA
TERPEDAYA
CELAKA



PINTU KEPADA PERUBAHAN :
Kesedaran ( awareness ) yang dimaksudkan ialah bila seseorang itu nampak dengan mata hati – pandangan hidup ( wordview ) yang sebenar

CELIK MATA HATI – FIRMAN ALLAH :
“ Sesungguhnya penglihatan ( mata kasar )itu tidaklah buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada ( mata hati )” ( surah al-Hajj 22 : 46 )

ORANG YANG CELIK MATA HATI :
Dapat melihat arah, tujuan, jalan, bekalan, dorongan, halangan dan akhiran hidupnya, yakni menurut pandangan pencipta ( Allah ) .

SESEORANG YANG TELAH SEDAR :
Mempunyai dorongan yang menggelodak dalam fikiran, jiwa dan emosinya yang menuntut kepada perubahan.rasa mengelodak dalam jiwa itulah dikatakan “ semangat ”.

KESEDARAN – GERBANG AWAL PERUBAHAN DIRI :
Manusia umpama orang yang sedang tidur, tidak mungkin kita boleh terus mengajaknya bertindak tanpa mengejutkannya terlebih dahulu.

PESANAN SAIDINA ALI :
Manusia kebanyakkannya tidur, apabila mati barulah dia terjaga ( sedar )

SESEORANG YANG TELAH SEDAR :
Bermakna dia telah mendapat jawapan yang betul tentang:
1.Dari mana?
2.Untuk apa dia dijadikan?
dan
3.Kemana dia akan pergi?

Mendapat satu visi dan misi yang tepat dan jelas dalam hidupnya

Sedar hubungkait dan kesepaduan antara peranannya sebagai hamba dan khalifah Allah, kerohanian dan pembangunan, moral dan material,dunia dan akhirat, fardhu ain dan fardhu kifayah, individu dan masyarakat

Seseorang itu sedar akan kebaikan perubahan dan betapa perlunya dia berubah

KITA PERLU KEMBALI KE PANGKAL :

- BACK TO BASIC – bermulalah dengan diri sendiri
- Mari kita selami dan kenal siapa kita yang sebenarnya?

KATA-KATA HUKAMA –
“ Untuk membaiki dunia, baiki manusianya dan untuk membaiki manusia baiki hatinya ”

MASALAH MANUSIA BERMULA DAN BERPUNCA :
Sabda Rasulullah saw : “ Dalam tubuh anak adam, ada seketul daging.Jika baik daging itu.baiklah seluruh anggota badan.Jika jahat.Jahatlah seluruh anggota badan.Ketahuilah, daging itu ialah hati ”

TENTANG HATI - BACK TO BASIC


Kenali Hati, Rasai hati, Hidupkan hati, Suburkan Hati, Tenangkan Hati, Insyaallah Kebahagiaan dimiliki......
SELAMAT MENGIKUTI PROGRAM KAMI “ BACK TO BASIC ”
Kepentingan hati
Hati memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Dengan hati manusia dapat hidup dengan erti kata yang sebenarnya dan tanpa hati atau hati yang mati, hidup seseorang tidak bererti.

2 Elemen hati :
Pertama:
Hati jasmani yang menjadi organ penting dalam tubuh manusia,dikenali juga sebagai “liver”, hati yang berperanan sebagai penapis darah, menghasilkan hempedu dan berbagai macam fungsi untuk memastikan keseimbangan badan manusia supaya sentiasa sihat. Sekiranya hati ini gagal berfungsi maka berbagai komplikasi kesihatan akan terjadi dalam tubuh manusia.
Kedua :
Hati rohani atau dikenali sebagai fuad, af’idah, basirah, lub, albab ,mata hati. Hati yang tidak dapat dirasa dengan panca indera tetapi menjadi peneraju dan pemandu kepada kehidupan manusia. Sering juga dipanggil hati nurani.

Berkaitan hati ini, Rasulullah saw bersabda diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :
أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ،
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْب
“Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati.”

Kedudukan hati :
Hati dalam diri manusia adalah raja yang menentukan tingkah laku dan perbuatan manusia.
Hati merupakan penggubal dasar dan prinsip kehidupan yang akan dilalui oleh seseorang manusia.
Hati berperanan sebagai pembuat keputusan apabila manusia perlu membuat keputusan dalam sesuatu perkara.

Peranan hati :
Terlalu besar peranan hati dalam kehidupan manusia sehingga Rasulullah saw menyatakan “apabila hati itu baik maka baiklah segala anggotanya dan apabila hati itu rosak maka rosaklah segala anggota manusia”.
Hati – Iman dan Taqwa
Hakikat ini memang benar, kerana hati yang baik, akan dipenuhi dengan iman dan taqwa, apabila hati dipenuhi dengan keimanan dan ketaqwaan yang mantap, maka ia akan memandu seluruh anggota untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan diredhai Allah, apabila hati itu baik, ia akan dipenuhi dengan segala macam sifat mahmudah, yang akan dijelmakan dalam berbagai bentuk akhlak yang mulia.
Hati yang baik
Sebab itulah orang yang hatinya baik akan sentiasa melakukan solat, khusuk dalam solatnya dan solatnya dapat menghindarkan diri dari segala macam dosa dan maksiat, hatinya akan sentiasa mendorong pemiliknya untuk bersifat dengan sabar, lemah lembut, penyayang, pemurah dan berbagai-bagai budi pekerti yang mulia.
Ringkasnya orang yang hatinya baik itu ialah orang yang hatinya dipandu oleh iman dan hidayah Allah swt, manusia yang cukup sempurna menepati tujuan penciptaan manusia di atas muka bumi ini, Contoh yang paling hampir kepada kita ialah Rasulullah saw. Manusia agung yang dihiasi dengan budi pekerti dan akhlaq mulia kerana hatinya yang bersih, disucikan oleh malaikat Jibril dengan kehendak dari Allah swt.

Hati yang rosak :
Sebaliknya orang yang mempunyai hati yang rosak, hati yang ditutup oleh Allah swt, hati yang dikuasai oleh hawa nafsu, mendorong kepada dosa dan maksiat, hawa nafsu yang mendorong kepada keseronokan songsang, maka kita lihat manusia ini hidupnya tidak karuan.
Hidupnya tiada matlamat, tiada ketenangan dalam diri, dan jauh dari itu mereka sentiasa menjadi perosak kepada masyarakat, mereka menjadi duri yang sentiasa menyakiti orang lain, menjadi masalah kepada masyarakat, mereka menjadi racun yang mematikan hati-hati yang baik dan membawa mereka kepada kehinaan, dan yang lebih malang mereka yang mempunyai hati yang rosak ini menjadi tunggangan syaitan yang sentiasa berkerja dan berusaha membawa manusia bersama-sama mereka ke neraka jahannam.
Sebab orang yang hatinya rosak tidak ada hati perut, orang yang hatinya mati tidak ada perasaan belas kasihan, orang yang hatinya sakit ini tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka sebagaimana yang ditunjukkan oleh orang-orang yahudi yang memang telah ditutup hatinya dari pertunjuk dan hidayah Allah swt, nauzubillahi min zalik .
Orang-orang yang hatinya sudah rosak tidak merasa bersalah apabila mereka mencuri, merompak, menyamun, menipu, rasuah, salahguna kuasa dan lain-lain kerana hawa nafsu sudah menguasai mereka.
Begitulah besarnya peranan hati dalam kehidupan manusia. Oleh itu marilah sama-sama kita mengenali diri kita dan perbaiki diri kita supaya dengan hati yang baik kita menjadi manusia yang baik seterusnya dapat memberi manfaat kepada orang lain. Rasulullah saw bersabda;
• خير الناس أنفعهم للناس
Maksudnya ; Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling berguna kepada orang lain.

Hati yang sihat :
Hati yang sihat, tidak berpenyakit akan memancarkan sinar kebahagiaan pada dirinya, Kerana itulah kita melihat orang yang hatinya sihat akan sentiasa tenang, bahagia, ceria tidak stres, sebagaimana orang yang tubuhnya sihat akan sentiasa gembira, aktif dan bahagia. Itulah yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah swt;

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya; Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (al-Ra’d:28 )

Sabda Rasulullah saw;
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن.
Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusannya baik, apabila mendapat nikmat kesenangan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.

Hati yang sakit :
Sebaliknya orang yang hatinya sakit, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, hidupnya tidak pernah bahagia bahkan sentiasa stres dan tertekan. Keadaan ini disebabkan penyakit yang ada dalam hati mereka.

Penyakit hati :
Penyakit hati ialah sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati rohani manusia. Kita mesti bermujahadah untuk melawan sifat-sifat mazmumah, (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit dalam hati Rohani boleh dibahagikan kepada dua bahagian;
1. Penyakit hati terhadap Allah.
2. Penyakit hati terhadap manusia.

Antara penyakit hati terhadap Allah :
1. Lalai dalam beribadah
2. Lalai dari mengingati Allah
3. Ragu-ragu terhadap dengan Allah
4. Tidak ikhlas dengan Allah
5. Tidak takut pada ancaman Allah
6. Tidak harap pada rahmat Allah
7. Tidak redha akan takdir Allah
8. Tidak puas dengan pemberian Allah
9. Tidak sabar atas ujian Allah
10.Tidak syukur atas nikmat Allah
11.Tidak terasa diawasi Allah
12.Tidak terasa hebatnya Allah
13.Tidak rindu dan cinta dengan Allah
14.Tidak tawakal pada Allah
15.Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
16.Cintakan dunia.
17.Penakut (takut pada selain Allah)
18.Ujub
19.Riak
20.Sukakan pujian dan kemasyhuran

Antara penyakit hati terhadap manusia :
1. Benci membenci
2. Gembira atas kesusahan orang lain.
3. Dukacita atas kejayaan orang lain.
4. Harap keburukan terhadap orang lain.
5. Tidak mau minta maaf dan tidak memaafkan orang lain
6. Hasad dengki
7. Dendam
8. Bakhil
9. Buruk sangka
10.Tidak bertolak ansur
11.Tidak bertimbang rasa
12.Rasa Berat Tulang,Tidak tolong-menolong
13.Tamak
14.Degil dan keras hati
15.Mementingkan diri sendiri
16.Sombong
17.Tidak sabar dengan ragam manusia
18.Memandang hina kepada seseorang
19.Riak
20.Ujub
21.Rasa diri bersih dan suci

BICARA CIKGU ISMAIL BIN ALI




LEKUKNYA BATU BUKAN KERANA KERASNYA AIR,
TETAPI TETAP BERTERUSANNYA MENITIK
PERANAN SAYA:
Saya tidak mampu mengubah anda.
Bohonglah kalau saya katakan saya mampu mengubah anda.
Apa yang saya lakukan adalah berusaha untuk menggerakkan anda ke arah
PERUBAHAN POSITIF.
Saya tidak ada hak ke atas diri anda untuk memaksa anda berubah,
namun saya ada hak membantu anda untuk berubah.
TUMPUAN DAN FOKUS
Solat
Berdoa
Belajar

DALAM BISMILLAH
Di mana pemurah dan penyayangnya Allah?
Pemurahnya Allah – nikmat Allah yang banyak ini dikecapi semua makhluk
Penyayangnya Allah – nikmat iman dan islam buat kita sebagai ummat pilihan
Al-Fatihah
1.Segala pujian bagi Allah,tuhan seluruh alam
2.Yang Maha Pengasih, Paha Penyayang
3.Pemilik Hari Pembalasan
4.Hanya kepada Engkaulah Kami menyembah dan Hanya kepada Engkaulah
kami mohon pertolongan.
5.Tunjukilah kami jalan yang lurus
6.( iaitu ) jalan orang –orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya;bukan
( jalan ) mereka yang dimurkai,dan bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat.

ALHAMDULILLAH-SYUKUR
Banyaknya nikmat Allah :
1.Hidup - keluarga
2.Iman dan Islam
3.Ukhuwwah
Dalam al-Asyr
1. Demi masa
2.Sesungguhnya manusia berada dala kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh ( mengerjakan kebajikan ) serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Siapakah kita :
1.Sebaik-baik kejadian- at-tin ( Ayat 4 – Ayat 6 )
4.Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
5.Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.
6.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putus.
Siapakah kita:
2. Hamba Allah
- Sifat hamba
- Allah Tuhan kita
ADZARIYAT: 56
dan tidak aku jadikan jin danmanusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada allah
bentuk kesyukuran kita :
- ramainya umat tetapi…lemah…buih
-menjadi ummat yang tunduk dan patuh kepada seluruh perintah allah
dalam at-taubah 41-42
42.sekiranya ( yang kamu serukan kepada mereka ) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalananyang tidak seberapa jauh,nescaya mereka mengikutinya,tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. mereka akan bersumpah dengan
( nama ) allah, “ jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu ”. mereka membinasakan diri sendiri dan allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orangyang berdusta.
kenapa perubahan yang dipinta :
3 golongan manusia :
1.terpedaya / tertipu – hari-hari dalam hidupnya sama sahaja.
2.celaka – hari-hari yang mendatang dalam hidupnya semakin teruk.
3.cemerlang – hari-hari yang mendatang dalam hidupnya semakin baik.
dunia adalah
persinggahan sebentar
dalam satu perjalanan jauh
alam roh – pulau dunia-alam akhirat
di pulau dunia ini kita diberi amanah
-antara amanah-
dan…
akan sentiasa diuji dengan
antara ujian-
dunia dan diri kita
1.Tempat persinggahan
2.Nikmat dan keseronokan
3.Ada amanah yang berat
HIDUP MEDAN UJIAN
Hikmah ujian – menilai prestasi kita
Surah al-Mulk : 2
Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun
ISYTIHARKAN KITA SEBAGAI PEJUANG
Selama kita masih hidup ini
KITA BERJUANG UNTUK MEMASTIKAN :
“ Berjaya di dunia dan di akhirat ”
TABIAT JALAN INI
Kejayaan – tidak ditaburi dengan permaidani merah
Kegagalan – dipenuhi dengan seribu keronokan dan syahwat
AL-ANKABUT AYAT 2
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan,kami telah beriman,dan mereka tidak diuji?
KITA DITUNTUT BERUBAH
PERUBAHAN ITU BERMULA….HATI
( BACK TO BASIC )
I MUST CHANGE FIRST
FOR THINGS TO CHANGE,
I MUST CHANGE FIRST
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
Surah Ar-Raad: 11
BEKALAN
Dan berbekallah, sebaik-baik bekalan ialah taqwa.
Taqwa –
1.Takutnya kita kepada Allah.
2.Berhati-hati menjalani kehidupan.
3.Mengamalkan ajaran allah- buat apa yang di suruh dan tinggalkan yang dilarang.
HATI-SABDA RASUL
Pada tubuh manusia ada segumpal darah / seketul daging,jika baik segumpal darah / seketul daging tersebut maka akan baiklah tubuh manusia dan
Sebaliknya jika buruk segumpal darah / seketul daging maka akan buruklah tubuh manusia.Segumpal darah / seketul daging – Hati.
TENTANG HATI – UMPAMA
1.Pakaian
2.Besi
3.Pokok
Merawat hati :
1.Zikirullah
2.Zikir maut
3.Tilawah al-quran
4.Bergaul dengan orang yang soleh
5.Berpuasa
6.Qiamullail
7.Amal soleh

Untungnya cinta akhirat :
Siapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkannya dunianya.
Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah,Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia lain.
Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya,Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
Seimbangkan dunia dan akhirat :
“ Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya dan tidak bersusah payah hanya kerana manusia ( bukan kerana Allah ) ”- Al-Khatib
“ Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok ”- Hukama

DEFINASI CEMERLANG
Kecemerlangan DUNIAWI & UKHRAWI.
1. Taat perintah Allah.
2. Akademik.
3. Kepimpinan.
4. Selamat daripada api neraka.
5. Selamat daripada api neraka.

Perjalanan masih jauh
PRIMARY EDUCATION (Sek. Rendah)
SECONDARY EDUCATION (Sek. Menengah)
TERTIARY EDUCATION (diploma, sijil, ijazah)
ALAM PEKERJAAN

Adakah kita mampu untuk bangun setelah terjatuh?
KEMANA ANDA SELEPAS INI

• KEKAL SEPERTI SEDIA KALA
• MAIN GAME, LEPAK SHOPPING COMPLEX
OR
• Mulakan kehidupan baru … Tanamkan keinginan utk BERUBAH!.....bermula dengan DIRI…(Ar-ra’d 13:11 )

Tuesday 29 November 2011

1 DISEMBER 2011 : SEMINAR MOTIVASI INSAN CEMERLANG BACK TO BASIC - KLINIK HATI DI MASJID AL-JAWAHER MUTIARA RINI SKUDAI

PENGENALAN

REMAJA / ANAK-ANAK DAN TAMADUN BANGSA
Remaja hari ini merupakan generasi yang diharapkan untuk memikul tanggungjawab besar meneruskan agenda membangun tamadun bangsa. Kebangkitan tamadun umat yang dicita-citakan ini hanya mampu dicapai dengan adanya para pendokong yang mempunyai keimanan yang jitu, bercita-cita tinggi dan jelas matlamat hidupnya.
Justeru itu, adalah menjadi kewajipan semua pihak untuk menanam ke dalam diri generasi remaja ini dengan sifat motivasi, iltizam dan jati diri.Asas kepada benih pembinaan ini ialah akidah yang mantap dan akhlak yang mulia.Sumber rujukannya ialah Al-Quran dan Sunnah.

KENAPA KLINIK HATI :

DIAKHIR PROGRAM, DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT :
...Kenali Hati, Rasai Hati, Hidupkan Hati, Suburkan Hati, Tenangkan Hati... InsyaAllah Kebahagiaan Pasti Dimilikki........
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :
“ Dalam diri manusia ada seketul daging . Apabila daging itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya.Dan apabila rosak daging yang seketul itu akan rosaklah tubuh badannya.dan daging yang seketul itu ialah hati”
Begitu besarnya peranan hati dalam kehidupan manusia.Oleh itu marilah sama-sama kita mengenali diri kita dan perbaiki diri kita supaya dengan hati yang baik kita menjadi manusia yang baik seterusnya dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Rasulullah saw bersabda : Maksudnya; Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling berguna kepada orang lain.

HATI : RAJA KEPADA ANGGOTA TUBUH BADAN INSAN

TENTATIF :

1 DISEMBER 2011 ( KHAMIS )
8.30 - 9.30 : Ketibaan Peserta / Sarapan
9.30 - 10.00 : Taklimat Program
10.00-11.00 : Input 1-Kenapa Tidak
Bermotivasi
11.00 – 12.00 : Input 2-Kenali Hati dan
Penyakit-penyakit Hati
12.00 – 1.00 : Input 3-Celik Mata Hati
1.00 – 2.00 : Makan / Zohor
2.00 – 4.00 : Input 4-Motivasi Akhlak
Insan Cemerlang
4.00 – 4.30 : Muhasabah / Doa
4.30-5.00 : Asar / Bersurai

TEMA PROGRAM :
“ MEMBINA GENERASI HARAPAN ”

DIAKHIR PROGRAM,DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT :
1.JATI DIRI-Memperkukuhkan jati diri remaja muslim.
2.MOTIVASI DIRI untuk menyahut cabaran membina generasi harapan.
3.ILTIZAM – Berpegang teguh dengan prinsip dan nilai agama.
4.SUKSESS – Menekankan konsep kejayaan yang sebenar.
4.Memupuk UKHUWWAH sesama peserta.
KEPERLUAN PESERTA :
1.Berpakaian formal @ T-Shirt Berkolar
2.Kelengkapan solat perempuan (telekung)
3.Buku nota dan alat tulis
Keterangan lanjut hubungi kami :

KHALIL - 012-7184399
( Pengerusi Kelab Rakan Muda dan Rekrasi Masjid Al-Jawaher,Taman Mutiara Rini )
RIDWANTO ( Pen.SU ) -0197357982
MODERATOR KEM: Cikgu Ismail –
019-7533161
Email : itma_johor@yahoo.com
Blog : http://itmamotivasi.blogspot.com

Monday 21 November 2011

PERUTUSAN BUAT YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN


PERUTUSAN PEPERIKSAAN
Sahabat-sahabat/adik-adik yang dikasihi,
Alhamdulilah,terlebih dahulu marilah kita mengatur syukur setinggi- tingginya ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya kita diizinkan untuk meneruskan kehidupan kita sebagai individu Muslim dalam Ummah Islamiah ,kerana semata-mata tunduk dan patuh megharapkan keredaan ALLAH S.W.T
Sahabat-sahabat/adik-adik yang dikasihi,
Sesungguhnya tidak ada penghubung yang lebih besar dapat menghubungkan di antara kita,tiada perdagangan dan perniagaan yang boleh menghubungkan di antara kita,melainkan hanyalah Islam,Ad-Deen yang terkandung di dalamnya dasar keimanan kepada Allah dan RasulNya sekaligus,orang-orang yang berpegang dengannya meredhai akan ALLAH dan ALLAH redha terhadap mereka.
Sahabat-sahabat / adik-adik seislam
Marilah sama-sama kita lihat kembali (muhasabah) usaha dan kerja kita selama ini di setiap aspek kehidupan kita, supaya kita dapat mengislahkan diri kita dan bersama-sama sahabat / teman yang kita kasihi.
Alhamdulillah,sekarang ini kita nampak semua sahabat-sahabat / teman-teman begitu tekun dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Jadi elok rasanya, kita renung sedikit mengenai peperiksaan yang selalu kita lalui dan yang akan kita tempuhi lagi. Kalau kita tengok balik keputusan-keputusan peperiksaan kita yang lalu, tentu ada yang berpuas hati dan ada juga yang rasa tidak berpuas hati. Tapi pokoknya apakah kita hendak menilai natijah yang ALLAH beri atau kita rasa puas hati dengan usaha dan kerja kita? Tentu sekali kita tidak puas hati dengan usaha dan kita, sebab masih banyak yang kita tinggal,masih banyak yang kita tidak faham,masih banyak yang kita tidak pelajari dan masih banyak yang kita tidak praktikkan,jadi bagi kita yang mampu faham dan sedar akan hakikat ini, semestinya berfikir tentang apa yang perlu kita buat dan apa pula yang dituntut ke atas kita?
Bukankah orang-orang Islam dikurniakan IMAN? Sepatutnya ,gunakanlah IMAN yang ALLAH beri untuk dijelmakan ke dalam kehidupan, barulah IMAN itu berfungsi, kalau tidak bekulah IMAN kita.Misalnya ,orang-orang mukmin (orang-orang yang beriman dengan ALLAH dan RasulNya ) apabila mereka bekerja, mereka akan bekerja bersungguh-sungguh, apabila mereka belajar,mereka akan belajar bersungguh-sungguh dan apa sahaja yang dibuatnya bersungguh-sungguh .Soal natijah kita serah sahaja kepada ALLAH , sebab natijah ALLAH yang beri ,kita cuma bekerja dan berusaha sahaja.Dalam pada itu kita bersyukurlah dengan nikmat ALLAH sebab benarnya kita kerana mengsyukuri akan nikmat-nikmat ALLAH.Disinilah letaknya peranan IMAN dalam kehidupan.Jangan pula kita faham bahawa, orang-orang belajar dan bekerja bersungguh-sungguh itu sampai melengah-lengah titah perintah ALLAH seperti kerana belajar hingga jauh malam sampai bangun subuh terlewat.Oleh sebab itu,kita kena pandailah menilai apa yang lebih penting dari banyak perkara yang terpenting.
Jadi,sahabat-sahabat/adik-adik yang dikasihi ,Justeru itulah di sana ada perkara penting yang kita hendak kena jelas dan kita kena latih.Iaitu matlamat belajar,matlamat bekerja kita kena jelas,hanyasanya untuk mendapatkan keredhaan ALLAH S.W.T , lepas itu kita proses hati kita ,kena latih fikiran dan tindak-tanduk seperti yang ALLAH kehendaki ,supaya ianya berjalan selari dengan matlamat yang Rabbani itu.Iaitu,kita hendak mengambil kebenaran dari apa yang ALLAH kata benar dan hendak menolak apa yang ALLAH kata bathil.Tetapi kalau setakat hendak mendapat pujian dari manusia,hendak mendapat kemewahan dan kepentingan hidup duniawi sahaja, Insya-Allah ALLAH akan beri,sebab ALLAH Maha Pemurah.Walhal bagi kita,kita hendak suatu yang cukup tinggi dan bernilai, iaitu hendak mendapat kemuliaan,kepujian dan keredhaan yang berada di sisi ALLAH, bukan pada nilaian manusia.Sebab itulah kita kata Islam itu suatu yang tinggi.
Maka,kita hendak mencapai hakikat ketinggian Islam sebenarnya dalam realiti kehidupan kita,supaya hidup kita,mati kita,hanyasanya untuk ALLAH tuhan semesta alam.Untuk itu,kita kenalah mengubah apa yang ada dalam hati dan jiwa kita,agar lahir natijah tindakan yang ALLAH kehendaki.Dan ALLAH tidak mengubah hati sesuatu kaum itu,selagi mereka sendiri tidak mengubahkannya.Pada ketika yang sama,kita amat berhajat kepada orang-orang yang soleh (baik),untuk memimpin kita,untuk bersahabat dengan kita,pimpin-memimpin dalam hendak mengambil kehendak ALLAH (syara’) untuk memandu hidup kita.Kalau kita lihat Rasulullah pun tidak bekerja seorang diri,bahkan bersama graduan unik “Assabiqun Awwalum” dalam jemaah Islamiah yang dipimpin oleh beliau sendiri. Masalah pokoknya, kita kena bekerja dan berusaha, ALLAH kata bekerjalah kamu , sesungguhnya ALLAH dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan mempersaksikankerja-kerja kamu. Kita yakini bahawa semua usaha kita ALLAH akan nilai di hari peperiksaan di padang Mahsyar kelak.Peperiksaan di sana jauh berbeza dengan apa yang kita alami hari ini.ALLAH, pemeriksa yang cukup teliti ,rapi dan tegas, sehingga dosa dan pahala sebesar atom pun akan diambil kira. Di sana tidak ada ‘push up’, tiada rayuaan dan tolak ansur, Cuma yang boleh bantu kita ialah Amal soleh dan sedekah jariah semasa hidup di dunia. Jadi, kalau kita rasa peperiksaan di dunia ini pun dah susah, dah perit,apatah lagi hendak menghadapi peperiksaan di hadapan ALLAH.Tentulah kena ada persediaan yang lebih mantap lagi.Terutamanya persediaan hati kita untuk sentiasa berhubung dengan ALLAH ,barulah dapat rasa ‘message’dariNya ,sekaligus dapat taat dan patuh dengan segala titah perintahNya,tidak kiralah di mana kita berada dan di ketika mana sekalipun .Kalau macam itulah,tentu sahaja kita dapat berdepan dengan ALLAH dan boleh nenghadapi hari peperiksaan yang ALLAH tentukan itu dengan muka yang bersih bercahaya dan berseri-seri.Insya-Allah .
Untuk sahabat-sahabat /adik-adik yang dikasihi
Kita pohon keampunan dari ALLAH S.W.T. agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.Juga kita harapkan kekuatan, kesungguhandan keikhlasan dari ALLAH ,agar kita tidak jemu-jemu mengikuti jalan yang Dia tentukan ini ,sehingga kita dipanggil pulang oleh ALLAH S.W.T. yang Maha Berkuasa.
WAULLAHUA ‘LAM ! ! !
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM tahun 2011.

JOM SERTAI SEMINAR MOTIVASI INSAN CEMERLANG BACK TO BASIC - KLINIK HATI DI PONTIAN DAN BENUT

REMAJA DAN TAMADUN BANGSA

Remaja hari ini merupakan generasi yang diharapkan untuk memikul tanggungjawab besar meneruskan agenda membangun tamadun bangsa. Kebangkitan tamadun umat yang dicita-citakan ini hanya mampu dicapai dengan adanya para pendokong yang mempunyai keimanan yang jitu, bercita-cita tinggi dan jelas matlamat hidupnya.
Justeru itu, adalah menjadi kewajipan semua pihak untuk menanam ke dalam diri generasi remaja ini dengan sifat motivasi, iltizam dan jati diri.Asas kepada benih pembinaan ini ialah akidah yang mantap dan akhlak yang mulia.Sumber rujukannya ialah Al-Quran dan Sunnah.

KENAPA MENGHADIRI SEMINAR BACK TO BASIC - KLINIK HATI

DIAKHIR PROGRAM, DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT :
...Kenali Hati, Rasai Hati, Hidupkan Hati, Suburkan Hati, Tenangkan Hati... InsyaAllah Kebahagiaan Pasti Dimilikki........
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :
“ Dalam diri manusia ada seketul daging . Apabila daging itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya.Dan apabila rosak daging yang seketul itu akan rosaklah tubuh badannya.dan daging yang seketul itu ialah hati”
Begitu besarnya peranan hati dalam kehidupan manusia.Oleh itu marilah sama-sama kita mengenali diri kita dan perbaiki diri kita supaya dengan hati yang baik kita menjadi manusia yang baik seterusnya dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Rasulullah saw bersabda : Maksudnya; Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling berguna kepada orang lain.


TEMA PROGRAM :
“ MEMBINA GENERASI HARAPAN ”

DIAKHIR PROGRAM,DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT :
1.JATI DIRI-Memperkukuhkan jati diri remaja muslim.
2.MOTIVASI DIRI untuk menyahut cabaran membina generasi harapan.
3.ILTIZAM – Berpegang teguh dengan prinsip dan nilai agama.
4.SUKSESS – Menekankan konsep kejayaan yang sebenar.
4.Memupuk UKHUWWAH sesama peserta.
KEPERLUAN PESERTA :
1.Berpakaian formal @ T-Shirt Berkolar
2.Kelengkapan solat perempuan (telekung)
3.Buku nota dan alat tulis
Keterangan lanjut hubungi kami :

●SHOEM - 013-7732959
● ARIF – 013-7238709
● SURINAH – 017-7934701
● YUSRI – 010- 4146217
● MODERATOR KEM : Cikgu Ismail –
019-7533161
Email : itma_johor@yahoo.com
Blog : http://itmamotivasi.blogspot.com


KANDUNGAN PROGRAM :

29 NOV ( SELASA ) –PONTIAN
30 NOV ( RABU ) - BENUT
8.30 - 9.30 : Ketibaan Peserta / Sarapan
9.30 - 10.00 : Taklimat Program
10.00-11.00 : Input 1-Kenapa Tidak
Bermotivasi
11.00 – 12.00 : Input 2-Kenali Hati dan
Penyakit-penyakit Hati
12.00 – 1.00 : Input 3-Celik Mata Hati
1.00 – 2.00 : Makan / Zohor
2.00 – 4.00 : Input 4-Motivasi Akhlak
Insan Cemerlang
4.00 – 4.30 : Muhasabah / Doa
4.30-5.00 : Asar / Bersurai

PENYERTAAN :
Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan SK-Tahap 2 dan
SM –Ting 1-4
( TEMPAT TERHAD
150 PESERTA SAHAJA )
RM 20.00 SAHAJA
( Pakej lengkap : makan /minum /sijil/ nota )

ANJURAN :
PEJABAT KADI DAERAH PONTIAN
KELAB RAKAN MUDA DAN REKREASI MASJID
KENDALIAN :
ISMA TRAINING AND MANAGEMENT (ITMA )
KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR

Monday 20 June 2011

1-3 JULAI 2011 :KEM MOTIVASI PEMANTAPAN SOLAT DI SMK KOTA MASAI 2

KEM MOTIVASI PEMANTAPAN SOLAT

Zero to Hero
Cetusan Anjakan Paradigma Ke Arah
Peribadi Holistik

SMK KOTA MASAI 2 , PASIR GUDANG

ANJURAN BERSAMA

ISMA TRAINING AND MANAGEMENT ( ITMA )

TARIKH :
1-3 JULAI 2011
TEMPAT :
SMK KOTA MASAI 2 , PASIR GUDANG

Tuesday 19 April 2011

22-24 APRIL 2011 : KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN SMK KOTA MASAI 2

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful


KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN
Zero to Hero
Cetusan Anjakan Paradigma Ke Arah Peribadi Holistik

SMK KOTA MASAI,PASIR GUDANG

ANJURAN BERSAMA

ISMA TRAINING AND MANAGEMENT ( ITMA )

TARIKH :22 – 24 APRIL 2011
TEMPAT :GUNUNG LAMBAK ECO RESORT,KLUANG
DIKENDALIKAN OLEH :ISMA TRAINING & MANAGEMENT (ITMA)

ISMA TRAINING AND MANAGEMENT ( ITMA )

Isma Training And Management ( ITMA ) ditubuhkan pada tanggal 21 Januari 2010. Matlamat ITMA ialah menjana kualiti masyarakat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Fokus kami ialah kepada golongan pelajar, remaja, belia dan korporat yang bakal dan sedang menggerakkan masyarakat.

Dalam mencapai visi untuk membentuk masyarakat yang berkualiti
( berilmu, beragama, berjati diri dan bergerak aktif ), ITMA menjalankan program yang berunsurkan motivasi pelajar, remaja dan belia, latihan korporat dan pendidikan serta jualan produk-produk bersifat ilmiah.

ITMA berlainan dengan servis training and services konvensional kerana kami sangat berfokus dalam menjana kualiti masyarakat mengikut nilai-nilai Islam dengan metode yang relevan dan praktikal, bukan konservatif. Hal ini selaras dengan slogan kami, “ In God We Trust ” yang selari dengan rukun negara yang pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan.

Oleh itu, ITMA mementingkan faktor syariah-compliant dalam segala gerak kerja. Hala tuju kami jelas untuk meningkatkan mutu masyarakat Malaysia melalui gerak kerja yang menepati syariat dan selari dengan nilai-nilai Islam.

Adalah diharapkan dengan hala tuju ini, ITMA akan dapat menjadi institusi pelaksana yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi menepati tujuan pembangunannya, selaras dengan hasrat kerajaan dalam membina masyarakat yang intelek, bersatu-padu, mempunyai nilai murni dan berjati diri.

ITMA mempunyai kolaborasi secara langsung dengan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Johor dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).