Tuesday 19 April 2011

ISMA TRAINING AND MANAGEMENT ( ITMA )

Isma Training And Management ( ITMA ) ditubuhkan pada tanggal 21 Januari 2010. Matlamat ITMA ialah menjana kualiti masyarakat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Fokus kami ialah kepada golongan pelajar, remaja, belia dan korporat yang bakal dan sedang menggerakkan masyarakat.

Dalam mencapai visi untuk membentuk masyarakat yang berkualiti
( berilmu, beragama, berjati diri dan bergerak aktif ), ITMA menjalankan program yang berunsurkan motivasi pelajar, remaja dan belia, latihan korporat dan pendidikan serta jualan produk-produk bersifat ilmiah.

ITMA berlainan dengan servis training and services konvensional kerana kami sangat berfokus dalam menjana kualiti masyarakat mengikut nilai-nilai Islam dengan metode yang relevan dan praktikal, bukan konservatif. Hal ini selaras dengan slogan kami, “ In God We Trust ” yang selari dengan rukun negara yang pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan.

Oleh itu, ITMA mementingkan faktor syariah-compliant dalam segala gerak kerja. Hala tuju kami jelas untuk meningkatkan mutu masyarakat Malaysia melalui gerak kerja yang menepati syariat dan selari dengan nilai-nilai Islam.

Adalah diharapkan dengan hala tuju ini, ITMA akan dapat menjadi institusi pelaksana yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi menepati tujuan pembangunannya, selaras dengan hasrat kerajaan dalam membina masyarakat yang intelek, bersatu-padu, mempunyai nilai murni dan berjati diri.

ITMA mempunyai kolaborasi secara langsung dengan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Johor dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

No comments:

Post a Comment