Tuesday 3 December 2013

INTEAM:SAHABAT DAN PERSAHABATAN
oleh : En.Ismail Ali
Moderator ISMA TRAINING AND MANAGEMENT
Penasihat Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) Johor

Sabda Rasulullah SAW :
Orang mukmin itu menyayangi dan disayangi. Dan tak ada kebaikan bagi orang yang tidak menyayangi dan tidak disayangi

“Sesungguhnya di sekeliling ‘Arsy itu ada mimbar–mimbar dari cahaya. Di atas mimbar itu ada kaum yang pakaiannya bercahaya, wajahnya bersinar seperti cahaya. Mereka bukan para nabi dan syuhada. Mereka disenangi para nabi dan syuhada. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah jelaskan mereka itu kepada kami? Nabi bersabda: Mereka adalah orang–orang yang mengasihi kerana Allah, bercengkarama kerana Allah dan kunjung–mengunjungi kerana Allah.” (Nasa’i)

Telah bersabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ar Tarmizi yang bermaksud:
“Seseorang itu akan terpengaruh dengan teman nya, maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.”

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim maksudnya:

“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama pembawa minyak wangi wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi wangian samada dia memberi mu sedikit atau pun anda membeli daripadanya sedikit atau pun kamu dapat mencium daripada nya bau yang wangi manakala tukang besi samada dia akan membakar baju atau pun kamu akan mencium daripada nya bau bauan yang busuk”

Sahabat yang menunjukkan kebaikan kepada kamu adalah sahabat yang baik dan sahabat yang menunjukkan kesalahan kamu adalah sahabat yang paling baik .Hukama

Barangsiapa cinta dan benci kerana Allah, lalu memberi dan melarang kerana Allah maka sempurnalah imannya.Allah berfirman:
 Cinta-Ku benar–benar untuk orang–orang yang kunjung–mengunjungi kerana Aku dan orang–orang yang tolong–menolong kerana Aku .(Ahmad dan Hakim)

Apabila seorang laki–laki berdoa untuk saudaranya di kala dia tidak ada, maka malaikat akan berkata:Seperti itulah bagimu.(Muslim)

Siapa kawan anda hari ini, boleh menentukan
siapa anda di hari esok

5 CARA MEMILIH SAHABAT   :
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah ( seorang sahabat rasulullah saw kepada anaknya ) :

1.Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan

2.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan ( menyebutnya )

3.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4.Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti ia memberi,jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5.Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



WUJUDKAN KASIH SAYANG DENGAN SAHABAT ANDA:

  • Utamakan sahabat
  • Sentiasa mendoakan sahabat
  • Saling memberi tunjuk ajar dan nasihat
  • Beri nasihat dengan hikmah, jujur dan ikhlas jika ia melakukan maksiat dan kesilapan
  • Kongsi kegembiraan sahabat dan beri pujian
  • Kenang–kenangkan kebaikan sahabat
HORMATI SAHABAT ANDA :
  • Beri salam apabila bertemu
  • Panggil dengan panggilan yang baik
  • Beri perhatian apabila berbicara dengan nya
  • Memberi kelapangan kepada sahabat di dalam majlis
  • Bersegera ucapkan terima kasih di atas pertolongan yang diberi

PELIHARA HUBUNGAN DENGAN SAHABAT ANDA

  • Menjaga rahsia sahabat
  • Tidak menyampaikan celaan orang lain kepada nya
  • Elakkan berbantahan
  • Jangan menyusahkan sahabat
  • Buat kebaikan kepada keluarga sahabat 

No comments:

Post a Comment