Tuesday 3 December 2013

SUMMER CAMP MOTIVASI BACK TO BASIC - CELIK HATI





REMAJA DAN TAMADUN BANGSA
Remaja hari ini merupakan generasi yang diharapkan untuk memikul tanggungjawab besar meneruskan agenda membangun tamadun bangsa. Kebangkitan tamadun umat yang dicita-citakan ini hanya mampu dicapai dengan adanya para pendokong yang mempunyai keimanan yang jitu, bercita-cita tinggi dan jelas matlamat hidupnya.

Justeru itu, adalah menjadi kewajipan semua pihak untuk menanam ke dalam diri generasi remaja ini dengan sifat motivasi, iltizam dan jati diri.Asas kepada benih pembinaan ini ialah akidah yang mantap dan akhlak yang mulia.Sumber rujukannya ialah Al-Quran dan Sunnah.

TARIKH :
16-18 DISEMBER 2013
( ISNIN-RABU )
TEMPAT :
GUNUNG LAMBAK
ECO-RESORT,
KLUANG

PENYERTAAN :
Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan – Thn 5-Ting 4
( TEMPAT TERHAD
60 PESERTA SAHAJA )
RM 150.00 SAHAJA
( Pakej lengkap : BAS/DORM & DEWAN KULIAH AIRCOND/makan /minum /SIJIL / NOTA/FASILITATOR MESRA )
ANJURAN :
ISMA TRAINING AND MANAGEMENT (ITMA )

TEMA PROGRAM :
“ MEMBINA GENERASI HARAPAN  ”
DIAKHIR PROGRAM,DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT :
1.JATI DIRI-Memperkukuhkan jati diri anak-anak remaja muslim.
2.MOTIVASI DIRI untuk menyahut cabaran membina generasi harapan dan bermula dengan celik mata hati.
3.ILTIZAM – Berpegang teguh dengan prinsip dan nilai agama.
4.SUKSESS – Menekankan konsep kejayaan yang sebenar.
4.Memupuk UKHUWWAH sesama peserta.

KEPERLUAN PESERTA :
1.Berpakaian  menutup aurat @ T-Shirt Bersesuaian untuk aktiviti (dalam dewan / luar ) dan kasut.
2.Kelengkapan solat perempuan (telekung)
3.Alat-alatan peribadi-alat tulis,kebersihan diri dan ubat .

Keterangan lanjut hubungi kami  :

 Cikgu Ismail bin Ali – 019-7533161
( Moderator Isma  Training And Management )
     Abang Asyraf  - 017-7562271
    Kakak Atikah – 017-77067979


Email : itma_johor@yahoo.com
Facebook : Itma Johor / Cikgu IsmailAli

INTEAM:SAHABAT DAN PERSAHABATAN
oleh : En.Ismail Ali
Moderator ISMA TRAINING AND MANAGEMENT
Penasihat Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) Johor

Sabda Rasulullah SAW :
Orang mukmin itu menyayangi dan disayangi. Dan tak ada kebaikan bagi orang yang tidak menyayangi dan tidak disayangi

“Sesungguhnya di sekeliling ‘Arsy itu ada mimbar–mimbar dari cahaya. Di atas mimbar itu ada kaum yang pakaiannya bercahaya, wajahnya bersinar seperti cahaya. Mereka bukan para nabi dan syuhada. Mereka disenangi para nabi dan syuhada. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah jelaskan mereka itu kepada kami? Nabi bersabda: Mereka adalah orang–orang yang mengasihi kerana Allah, bercengkarama kerana Allah dan kunjung–mengunjungi kerana Allah.” (Nasa’i)

Telah bersabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ar Tarmizi yang bermaksud:
“Seseorang itu akan terpengaruh dengan teman nya, maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.”

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim maksudnya:

“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama pembawa minyak wangi wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi wangian samada dia memberi mu sedikit atau pun anda membeli daripadanya sedikit atau pun kamu dapat mencium daripada nya bau yang wangi manakala tukang besi samada dia akan membakar baju atau pun kamu akan mencium daripada nya bau bauan yang busuk”

Sahabat yang menunjukkan kebaikan kepada kamu adalah sahabat yang baik dan sahabat yang menunjukkan kesalahan kamu adalah sahabat yang paling baik .Hukama

Barangsiapa cinta dan benci kerana Allah, lalu memberi dan melarang kerana Allah maka sempurnalah imannya.Allah berfirman:
 Cinta-Ku benar–benar untuk orang–orang yang kunjung–mengunjungi kerana Aku dan orang–orang yang tolong–menolong kerana Aku .(Ahmad dan Hakim)

Apabila seorang laki–laki berdoa untuk saudaranya di kala dia tidak ada, maka malaikat akan berkata:Seperti itulah bagimu.(Muslim)

Siapa kawan anda hari ini, boleh menentukan
siapa anda di hari esok

5 CARA MEMILIH SAHABAT   :
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah ( seorang sahabat rasulullah saw kepada anaknya ) :

1.Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan

2.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan ( menyebutnya )

3.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4.Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti ia memberi,jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5.Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



WUJUDKAN KASIH SAYANG DENGAN SAHABAT ANDA:

  • Utamakan sahabat
  • Sentiasa mendoakan sahabat
  • Saling memberi tunjuk ajar dan nasihat
  • Beri nasihat dengan hikmah, jujur dan ikhlas jika ia melakukan maksiat dan kesilapan
  • Kongsi kegembiraan sahabat dan beri pujian
  • Kenang–kenangkan kebaikan sahabat
HORMATI SAHABAT ANDA :
  • Beri salam apabila bertemu
  • Panggil dengan panggilan yang baik
  • Beri perhatian apabila berbicara dengan nya
  • Memberi kelapangan kepada sahabat di dalam majlis
  • Bersegera ucapkan terima kasih di atas pertolongan yang diberi

PELIHARA HUBUNGAN DENGAN SAHABAT ANDA

  • Menjaga rahsia sahabat
  • Tidak menyampaikan celaan orang lain kepada nya
  • Elakkan berbantahan
  • Jangan menyusahkan sahabat
  • Buat kebaikan kepada keluarga sahabat 
KEMBARA ANAK SOLEH
DAN ANAK CEMERLANG
oleh : En.Ismail Ali
Moderator ISMA TRAINING AND MANAGEMENT
Penasihat Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) Johor

6 ALAM YANG TELAH DILALUI,SEDANG DILALUI DAN AKAN LALUI:
1.Roh
2.Rahim
3.Dunia
4.Barzakh
5.Mahsyar
6.Akhirat-Dunia atau Neraka

Keadaan alam-alam ini  berlainan-ujian pun berlainan.Bila keadaan alam ini berlainan , maka kita kita kena respon yang berlaianan.
Pengulangan ilmu-ibu pengetahuan-amal-sampaikan.

1.ALAM ROH
tanpa roh dan tanpa jasad-terlalu dekat kita dengan Allah.
AQ-Pertanyaan Allah-“Bukankah Aku Tuhan Kamu”.
Cinta pertama- di alam roh.
Perjanjian kita dengan Allah di alam roh-untuk menjadi hamba Allah dan Khalifah.Kita menanti giliran datang ke dunia bersilih ganti.

Manusia insan yang mudah lupa-diingatkan dalam bacaan iftitah.Iftitah-suatu perjanjian yang kita ulang-ulangkan dalam solat kita.

2.ALAM RAHIM
Dalam perut ibu-9 bulan-transit sebentar-proses-proses di Rahim ibu-ada jasad-sebagai persiapan untuk menuju ke alam dunia-alam dunia-Rahim sifat Allah-ibu aliran kasih sayang Allah.Dalam Rahim-duduk macam sujud/merengkok-ditiupkan roh-4 bulan dah ada nyawa-dtuliskan amalan: amalan2:
1.Rezeki
2.Kematian
3.Kebahgiaan atau kecelakaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat

3.ALAM DUNIA
Proses Kelahiran –dimulakan dengan kelahiran-diazankan-perjalanan menuju kematian dah dimulakan dari kelahiran-lahir dengan tangisan-sbg protes
Kehidupan di dunia bermakna kehidupan di dunia amat singkat-antara azan n qamat-hidup kita diumpama antara qamat dengan azan-1 hari akhirat-
1ribu tahun  di dunia - 24 jam /1hari di akhirat
-500 tahun-12 jam
-1setengah jam-lebih kurang 60 tahun
-kehidupan dunia-umpama duduk dalam dewan peperiksaan-soalan-soalan yang akan ditanya dah diberitahu-bukan menjawab  berdasarkan pemikiran/akal kita tetapi amalan kita yang akan menjawab-soalan-soalan dimahsyar dah bocor-agar hidup kita berpandukan soalan-soalan.

Pentas ujian Allah-dewan peperiksaan -al-mulk-
Kelahiran-proses memindahkan dari alam Rahim ke alam dunia

Proses Kematian-suatu proses memindahkan dari alam kehidupan ke alam mahsyar.Oleh itu kelahiran dan kematian adalah suatu proses.
Kelahiran-disambut dengan kegembiran dan persiapan-kain lampin
Kematian-tiada persiapan dan persediaan-kain kafan?suatu yang pahit
-bukan suatu pengakhiran tetapi suatu permulaan kehidupan ke alam yang lain
Mati itu kena dirasai- AQ -setiap yang hidup pasti akan mati

4.ALAM BARZAKH
Kubur-tahanan reman-mula disoalsiat-privew-tentang perjalanan alam seterusnya-lubang dari taman-taman syurga atau neraka
Kubur-suatu preview perjalanan hidup yang akan datang-di Mahsyar dan akhirat

5.ALAM MAHSYAR.
2 tiupan sangka kala-proses kehidupan bertukar-dunia berlawanan system.Tiupan 1-dunia dimusnahkan-sistem dunia berubah
Tiupan 2 dibangkitkan-mula perbicaraan Allah-bukti keadilan-orang yang terhukum merasai kedailan Allah-anggota kita yang mjadi saksi dan pendakwa atas amalan samada dosa dan pahala.

6.ALAM AKHIRAT.
Catatan didapati samada dari tangan kanan atau kiri.Inilah alam dan takah kehidupan yang dilalui.Yakinlah sebagaimana alam yang telah dilalui dan alam yang akan kita lalui.

Setelah menerima catatan amal ( lengkap dengan segala fakta dan data terperinci ),yang bukan hanya mencatat setiap langkahan kaki tetapi juga lintasan hati,maka ‘keputusan’ peperiksaan itu melayakkan manusia kea lam syurga jika Berjaya dank e alam neraka jika gagal.