Friday, 27 January 2012

TAWARAN PENGENDALIAN KEM JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN :

PROGRAM MOTIVASI JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN
( Program 2 hari 1 malam )

Program Motivasi Jati Diri dan Kecemerlangan adalah program dengan pengisian yang sesuai dengan situasi dan kehendak semasa pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Ianya adalah satu strategi ke arah merangsang minda dan pemikiran, membangkitkan azam, tekad, dan iltizam bagi mengukuhkan daya juang, tanggungjawab serta membina keyakinan diri sebelum melangkah kaki ke medan pertaruhan minda yang akan mereka tempuhi. Program ini juga membantu pelajar menerokai potensi diri masing-masing bagi membina keyakinan dalam diri seterusnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan mereka tempuhi.

Objektif :
Objektif mengadakan program ini untuk para pelajar adalah:
• Melahirkan para pelajar yang berorientasikan kejayaan seperti kehendak agama, bangsa dan negara.
• Menyedarkan dan meningkatkan tanggungjawab pelajar terhadap diri, ibu bapa, masyarakat dan negara
• Meningkatkan kesedaran diri dan potensi pembangunan diri
• Membentuk keterampilan diri dan daya tahan diri
• Membina keyakinan sebelum menghadapi peperiksaan

Metodeologi :
Program Motivasi Jati Diri dan Kecemerlangan ini direka untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah khususnya bagi mencapai objektif yang ditetapkan melalui metodologi berikut:
• Aktiviti luar dan dalam kelas / dewan untuk kumpulan dan individu
• Aktiviti kumpulan dengan penekanan terhadap kecemerlangan diri
• Aktiviti luar kelas untuk mendapatkan pengalaman dengan kesan-kesan psikologi
• Penerangan mengenai aktiviti luar dan dalam kelas

SEBUT HARGA PENGENDALIAN PROGRAM : 2 HARI 1 MALAM
( boleh runding )
RM 35.00 seorang – anggaran peserta kurang 100 orang
RM 20.00 – 30.00 seorang – anggaran peserta 100 – 200
RM 15.00 – 20.00 seorang – anggaran peserta 200 – 300
RM 15.00 seorang – anggaran peserta melebihi 300

# Pihak sekolah / penganjur hendaklah menyediakan :
1.Makan minum Moderator dan Fasilitator
2.Kemudahan LCD Projektor
3.Tempat penginapan fasilitator

Hubungi pihak kami jika berminat dan mendapatkan tempahan tarikh.

No comments:

Post a Comment