Monday, 9 January 2017

Pesanan Iman Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya... 

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" 

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sunday, 22 March 2015

Ayuh Renovate!Renew Hati kita!

Dalam melayari liku-liku dunia kehidupan yang mencabar iman ini,tidak dinafikan kita di sana ada kelalaian,kealpaan dan dosa yang dilakukan.Oleh itu perlu ada ruang setiap kita bermuhasabah diri dan memeriksa hati kita agar kembali di landasan yang benar.

Friday, 21 November 2014

Seminar Motivasi Cetusan Transformasi Zero to Hero.

Seminar Motivasi Cetusan Transformasi Zero to Hero.Sekolah Hati bersama Coach Cikgu Ismail Ali dan Kemahiran Bijak Bicara bersama Coach Cikgu Abd Malik bin Mohd Shah di 3 lokasi bersempena cuti sekolah.
IMKK-Intensif Magnet Kesedaran dan Kejayaan.
Daftarkan anak-anak anda dan sebarkan maklumat ini untuk kebaikan bersama.
Tawaran istimewa bagi sesiapa yang mendaftarkan seorang peserta akan mendapat imbuhan RM10.00 dari penganjur.Hubungi moderator dan maklumkan.

Sunday, 9 November 2014

HIJRAH ALAF BARU


Masih tidak terlambat lagi untuk penulis mengucapkan Salam Hijrah sempena ketibaan tahun baru 1436H kepada adik-adik yang dikasihi Allah. Semoga tahun baru ini memberi rahmat dan kebaikan buat kita semua khasnya umat Islam di Malaysia. Tidak lupa juga, salam perjuangan buat adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan SPM 2014, semoga dengan berlangsungnya SPM 2014 dalam bulan hijrah  ini adik-adik diberi keberkatan perjuangan yang telah dilakukan dan menjadi titik tolak perubahan kehidupan adik-adik ke alam yang lebih matang kelak.

Maksud hijrah
Penulis mengambil peluang untuk membawa adik-adik menghayati perjuangan dalam bulan hijrah ini. Perkataan ‘hijrah’ bermaksud berpisah atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan dalam konteks lain, hijrah juga dikaitkan dengan perubahan sikap atau tingkah laku. Dalam hal ini Allah SWT menyarankan umat Islam berhijrah ke arah iman lebih kukuh dan mantap. Setiap manusia yang hidup pasti akan menerima ujian, lebih- lebih lagi orang yang beriman. Semakin tinggi darjat keimanan seseorang itu, maka semakin tinggilah ujian keimanan yang akan dihadapinya.

Antara ujian itu disebut dalam firman Allah SWT:
“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar ( sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan);  sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 110)

Apabila berkata tentang hijrah, ia dapat dikaitkan dengan aspek pengorbanan dan jihad kerana hijrah adalah antara cara untuk mempertahankan akidah Islam yang suci serta menjaga kehormatan diri.
Ini bertepatan firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah, ayat 218)

Adik-adik, penulis ingin mengajak kita semua merenung sejenak tentang ujian yang hadir dalam kehidupan kita. Ujian peperiksaan, konflik dengan sahabat baik, konflik dengan ibu bapa dan apa sahaja permasalahan yang datang dalam kehidupan kita bukanlah semata-mata masalah, tetapi ianya juga adalah jalan untuk meninggikan darjat.  Kita tidak mungkin sampai ke tahap para sahabat terdahulu yang perlu mengorbankan tubuh badan, ibu bapa dan semua kehidupan kita demi mempertahankan agama seperti Ammar bin Yasir, anak kepada Sumayyah as-syahidah pertama dalam Islam.

Hijrah Sumber Kekuatan Umat Islam
Sejarah membuktikan bahawa, ujian getir yang telah dilalui oleh para sahabat yang terawal memeluk islam merupakan persedian bagi  penghijrahan yang dilakukan mereka dari kota Mekah ke kota Madinah. Penghijrahan ini juga menjadi satu dimensi baru kepada dakwah Islamiah dan seterusnya penghayatan kepada ajaran Islam yang sebenar. Penghijrahan umat Islam dari suasana yang lama iaitu Mekah kepada satu suasana baru iaitu Madinah adalah detik terpenting kepada pembaharuan sistem nilai dan hidup manusia.

Penghijrahan telah menjadi proses kematangan dalam penyebaran risalah Allah s.w.t ini dan tidak mungkin berjaya jika tidak diiringi perubahan sikap dan prinsip umat Islam dalam berhadapan suasana baru. Rasulullah s.a.w telah menanamkan benih-benih perpaduan, persaudaraan, tolong menolong, pengorbanan, kesungguhan, kecintaan dan ketakwaan di dalam sanubari umat Islam ketika itu iaitu antara golongan Muhajirin dan Ansar. Itulah unsur-unsur terpenting bagi umat Islam ketika itu sebagai persediaan menghadapi cabaran dan ujian yang datangnya sama ada dari kaum Musyrikin Quraisy, golongan munafik, tipu daya iblis atau dari nafsu di dalam diri mereka sendiri.

Cuba adik-adik perhatikan umat Islam hari ini, perubahan zaman, tamadun, budaya dan teknologi manusia hari ini yang begitu pantas telah menghambat umat Islam dari melakukan persediaan dan persiapan yang jitu lagi mantap bagi menghadapi perubahan dan kejutan tersebut.  Dunia tanpa sempadan, perdagangan elektronik, era digital, teknologi maklumat, jenayah siber, perlumbaan ilmu, kuasa ekonomi, kekuatan teknologi dan banyak lagi adalah cabaran yang hanya mampu diharungi oleh generasi umat yang bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual dalam melangkah menuju ke alaf baru. Penghayatan kepada pengajaran di sebalik peristiwa hijrah dan bersesuaian dengan fenomena sekarang, maka umat Islam perlu kepada kekuatan yang berupa keyakinan, kematangan, ilmu, kecekalan, kesungguhan dan kesatuan. Inilah unsur-unsur yang perlu dimiliki dan Hijrah juga mengajarkan kita betapa pentingnya sikap ini dibentuk kepada generasi umat Islam sekarang dalam meneruskan perjuangan risalah Islam dalam arus perubahan alaf baru.

Hijrah Generasi Umat
Apa yang dimaksudkan oleh penulis tentang ciri-ciri hijrah bentuk baru yang perlu ditampilkan adalah penghijrahan gaya berfikir, akhlak dan kebiasaan dalam kehidupan yang  perlu diberi tumpuan khusus ke arah membentuk sebuah negara menuju alaf baru dan sejahtera. Tiada gunanya kita sentiasa ‘up-to-date’ dalam bidang teknologi dan kecanggihan maklumat, tetapi jiwa kita kering kontang dan senang dibawa arus hawa nafsu yang bergelora dalam diri yang mana hakikatnya nafsu ini dikendalikan oleh syaitan! Adik-adik, kita perlu wujudkan keseimbangan kemajuan di sudut rohani dan jasmani.

Perjuangan meneruskan misi Rasulullah s.a.w di muka bumi ini iaitu meninggikan kalimah Allah sehingga menjadi rahmat kepada sekalian alam, memerlukan keyakinan yang tinggi dan mantap. Generasi pewaris ummah hari ini perlu yakin bahawa berbekalkan keimanan, semangat jihad dan panduan berasaskan al-Quran dan as-Sunnah maka sudah pasti perjuangan menyampaikan risalah Islam akan berjaya dan mendapatkan pertolongan serta inayah daripada Allah s.w.t. Keyakinan yang bertitik tolak dari kefahaman Islam yang sebenar berteraskan akidah tauhid adalah sumber kekuatan mengharungi pelbagai perubahan dalam hidup dan sistem masyarakat dunia. Bahkan dengan keyakinan ini juga, generasi pelapis akan melihat perubahan-perubahan  yang pesat berlaku pada masa kini bukanlah halangan yang akan membantutkan perjuangan, akan tetapi merupakan peluang yang membawa kepada kemenangan.

Oleh itu, maka adik-adik sebagai generasi muda umat ini perlulah memantapkan kefahaman menerusi akidah tauhid menerusi mendalami ilmu agama, penghayatan al-Quran, mengkaji sejarah dan perjuangan Rasulullah s.a.w, perbincangan ilmiah sesama para cendekiawan Islam dan yang lebih penting menguatkan hubungan dengan Allah dengan membanyakkan solat, doa, dan ibadat-ibadat sunat. Jika generasi Islam ini mempunyai keyakinan, pasti jalan-jalan menuju kejayaan akan terbentang. Penghijrahan minda umat ini perlu dilakukan agar berani menghadapi cabaran terutama dengan kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang memerlukan tenaga mahir dalam bidang teknologi maklumat. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada dirinya”

Amat menyedihkan jika MSC dipenuhi dengan wajah-wajah orang asing yang mengaut keuntungan sedangkan bangsa kita terpinggir.

Untuk menuju ke alaf baru, generasi Islam khususnya perlu menguasai ilmu. Ilmu dan pengetahuan adalah dua perkara yang saling kait-mengait. Orang- orang yang berilmu semestinya adalah seorang yang berpengetahuan. Ilmu dan pengetahuan tidak diperolehi dengan hanya bergoyang kaki dan berbual kosong, tetapi ilmu yang jitu dan mantap hanya diperolehi dengan pembacaan, pengkajian dan pembelajaran. Umat yang tinggi tamadunnya adalah umat yang berilmu. Sesuatu bangsa atau umat tidak mungkin mampu menerajui dunia dan menjadi contoh kepada umat-umat yang lain tanpa memiliki kekuatan ilmu.

Hakikatnya, begitu banyak pencapaian umat Islam yang gemilang dalam bidang keilmuan sehingga mampu mencorak dunia telah dicatatkan. Sejarah telah membuktikan bahawa ketika zaman kegemilangan Islam, umat Islam telah menjuarai bidang keilmuan. Siapa yang tidak mengenali Ibnu Sina, tokoh perubatan terulung dunia. Buku beliau 'Al-Qanun Fit- Tib' meliputi semua cabang ilmu perubatan sehingga diulang cetak lebih 16 kali sepanjang 30 tahun dan Eropah menjadikannya sebagai mata pelajaran di universiti dan fakulti perubatan sehingga abad ke-17. Beliau dikenali di Dunia Barat sebagai Avicenna. Begitu juga Abu Hamid Muhammad al-Ghazali atau Iman Ghazali, tokoh filosofi terulung yang mengarang lebih 69 buah kitab dan yang paling terkenal kitab ‘Ihya’ Ulumuddin'. Eropah memanggil beliau Algazel. Tidak lupa juga Abu Bakar Muhammad ibn Yahya atau Ibnu Bajah, tokoh dalam falsafah Islam, ilmu kedoktoran, ilmu falak dan muzik. Buku beliau berjudul ‘Majmu’’ tersimpan di Berlin (edisi Jerman) dan Oxford (edisi Inggeris). Beliau dikenali Barat sebagai Avenrace. Demikian juga Ar-Razi (Barat memanggil beliau Rhazes) adalah tokoh perubatan yang mengarang lebih 200 lain-lain, memberi kita pengajaran dan ilmu melalui pengalaman sejarah Islam. Sejarah juga telah menunjukkan kepada kita bahawa perkara utama yang dibawa oleh Rasulullah kepada masyarakatnya ialah ilmu pengetahuan yang boleh menyedarkan mereka untuk mengenali diri, mengenal Tuhannya seterusnya melaksanakan tanggungjawab yang dipikulkan kepada mereka. Begitu juga pakar astronomi Islam, Muhammad ibn Jabir yang terkenal di dunia barat dengan nama Albategnius. Demikianlah segelintir tokoh ilmuan Islam yang terunggul di dunia dan diiktiraf oleh benua Eropah dan dunia Barat.

Adik-adik, bukti-bukti ini menunjukkan bahawa pencapaian umat Islam yang sangat gemilang dalam bidang keilmuan sehingga mampu mencorak dunia disiplin ilmu, tidak mungkin datang secara tiba-tiba dan kebetulan tanpa usaha yang benar-benar gigih dan semangat jihad yang tertanam kuat di dalam jiwa. Generasi pelapis umat ini perlu memiliki daya tahan yang tinggi dalam melangkah ke alaf baru iaitu era cabaran ilmu dan persaingan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya daya juang yang tinggi ini dapat dikutip dari generasi hijrah yang pertama menerusi pengajaran peristiwa hijrah. Kegemilangan umat pasti akan kembali jika mereka celik sejarah dan mengambil pengajaran daripadanya. Jika tidak umat Islam akan kekal dihina dan tertinggal jauh ke belakang dan akhirnya teraba-raba dalam terang.
Ilmu juga diperolehi melalui pengalaman apabila seseorang itu mengalami sendiri perkara-perkara atau peristiwa yang memberi pengajaran kepadanya. Ilmu melalui pengkajian juga dapat diperolehi melalui sejarah para nabi terdahulu. Sejarah mendewasakan kita dan sejarah juga mengajar manusia supaya berilmu.

Kesimpulannya, generasi hari ini perlu matang dalam menangani permasalahan yang hadir dalam kehidupan justeru kematangan ini akan membantu melatih jiwa kita menjadi lebih kuat dan fokus pada matlamat iaitu syurga tertinggi di samping membuka peluang pada diri menguasai ilmu dan meneliti sejarah umat terdahulu agar tidak tenggelam dan hilang dalam arus kemajuan dunia. Penulis mendoakan agar generasi ummah ini adalah adik-adik yang sedang membaca artikel ini. Tahniah, kerana adik-adik berusaha untuk menjadi ummah yang meningkatkan tamadun dengan ilmu melalui pembacaan artikel ini.

Salam Mujahadah,
Aisyah Rahban
Bendahari KRIM Johor
  




Friday, 17 October 2014

Slot Motivasi Bersama-sama calon SPM 2014 ahli-ahli Kelab Remaja ISMA Johor

Sudahkah....bersedia menyampaikan perkongsian

Peserta penuh minat dan fokus

Ajak peserta memanfaatkan akal....berimpian

Nikmat akal

Ayuh....bercita-cita 

Wow berdiri atas kerusi lagi Cikgu Ismail

Penuh semangat para peserta