Wednesday, 17 October 2012

ANTARA IQ, EQ, SQ DAN ESQ


Mengikut kajian, masyarakat Malaysia umumnya telah menyedari akan kepentingan motivasi di dalam diri mereka. Ini adalah kerana mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Mengapa saya berkata demikian? Sedangkan kita tahu ramai rakyat Malaysia telah mengecapi kekayaan dan kesenangan. "Mengapa mereka perlu merasa kosong, sedangkan mereka boleh dapatkan apa saja?" Ini adalah persoalan-persoalan yang mungkin akan terkeluar dari mulut anda semua.
Sebenarnya makin kaya seseorang itu, makin mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Hubungan mereka dengan keluarga makin renggang, hubungan suami isteri semakin longgar dan yang paling penting hubungan dengan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t semakin jauh. Itulah yang dirasai oleh kebanyakkan daripada kita sekarang ini. Kita sedar akan bencana dan malapetaka yang berlaku disekeliling kita, dan kita tahu dunia semakin hari semakin menuju ke zaman kemusnahan (Kiamat). Dan kita sedar yang kita perlu bertaubat, tetapi berapa ramaikah diantara kita yang melalukannya (Taubat). Ini saya peringatkan diri saya juga.
Tidak mustahillah ramai di antara kita boleh merasakan diri mereka sekarang ini kosong dan tidak bermakna. Oleh kerana demikian, motivasi diri dan motivasi sahsiah diri diperlukan oleh semua orang. Sebab itu banyak syarikat-syarikat kecil mahupun besar berlumba-lumba untuk menghantar para pekerjanya ke kursus-kursus motivasi, bina insan, bina pasukan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan hati para pekerja mereka.
Lebih daripada 10 tahun dahulu kita telah disogok dengan perlunya IQ (Kecerdasan Minda). Kemudian kita juga diperkenalkan dengan EQ (Kecerdasan Emosi). Ini adalah kerana apabila kita disogok dengan perlunya IQ, masyarakat telah lupa bahawasanya pentingnya mengurus emosi. Sehinggakan golongan interlektual dan golongan mempunyai tahap IQ yang tinggi tidak lagi mementingan dan menjaga emosi orang di 0sekitarnya. Oleh sebab itu, wujudnya EQ. Tetapi kita masih lagi merasakan diri kita tidak lengkap walaupun diri kita telah diperlengkapi dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi). Ramai yang mengatakan mereka masih lagi memerlukan sesuatu untuk diri mereka.
Sebagai pelengkap hidup ini, satu lagi elemen telah ditambah untuk memastikan hidup kita tidak lagi kosong. Rupanya selama ini, kita hanya mengejar duniawi tanpa menyedari bahawa pentingnya kita mengejar akhirat. Kita telah disogokkan dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi), tetapi itu semua bertunjalkan duniawi. Walhal kita tahu akan wujudnya alam akhirat. Oleh itu, sebagai pelengkap dan pengimbang antara dunia dan akhirat kita telah diperkenalkan dengan SQ (Kecerdasan Spritual). SQ ialah satu elemen yang membawa kita dekat dengan pencipta kita dan seterusnya memberi kita jaminan untuk kita bahagia di akhirat. SQ telah dianggap elemen yang menyelamatkan dan mengisi kekosongan yang selama ini dikecapi oleh masyarakat kita hari ini.
Hari ini IQ, EQ dan SQ telah bergabung dan menjadi ESQ. Iaitu gabungan yang terbaik buat masa ini akan boleh melahirkan mukmin yang sejati. Sebenarnya tanpa disedari perkara ini telah dijumpai oleh pemikir-pemikir barat dan mereka telah memperkenalkan perkara ini sudah lama, tetapi kita umat Islam sahaja yang masih mencari-cari perkara ini. Walaupun dalam Al-Quran  dan Hadis telah dinyatakan, tetapi kita seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya.  

Tuesday, 16 October 2012

TAZKIRAH : TENTANG HIDUP INI

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.