Thursday 23 February 2012

7 FEBRUARI 2012 : ITMA JOHOR DAN BRIGADE KRIM JOHOR MENARIK REMAJA MENAWAN GUNUNG LAMBAK,KLUANG

50 REMAJA TAWAN GUNUNG LAMBAK


KLUANG 7 Feb – ‘Hidayah dan Taufik yang Ku Cari’ , tema jelajah program Briged KRIM ( Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ) sekitar Rengit,Pontian dan Johor Bahru diadakan buat kali kedua. Kali ini destinasi kawasan rekreasi Gunung Lambak, Kluang, Johor menjadi pilihan.


Ekspidisi Tawani Gunung Lambak yang bermisikan ‘Mencari Redha Ilahi’ dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Surah Az-Zumar, oleh saudara Kamil, bermula ayat 21 hingga 22, menerangkan tentang perbezaan tentang muslim yang menerima taufik dan hidayah dengan mukmin yang tidak menerima taufik dan hidayah.


Seterusnya, pengenalan utuh berdiri sebuah usrah dan ukhuwah berlandaskan rukun 3T, (taaruf, tafahum dan takaful) oleh Cikgu Ismail Ali. Tegasnya lagi, remaja perlu ada agenda, remaja perlu peka dan sensitif dengan 6 destinasi kehidupan yang penuh mehnah dan ujian sebagai penyubur keimanan dalam diri setiap remaja.

Penghayatan makna sebenar ‘hidayah’ dan ‘taufik’ dijelaskan di hujung program. Hidayah bermaksud petunjuk manakala taufik bermaksud bimbingan. Hakikatnya, hidayah dan taufik perlu dicari, bukan ditunggu, tegas beliau lagi.

Briged KRIM yang mempunyai pakej pembangunan jati diri yang memfokuskan ke arah pembangunan dan peningkatan kemahiran insaniah, pembangunan diri dan kerjaya, aktiviti luar dan sukarelawan serta pembangunan spiritual dan kerohanian ini telah berjaya mengeratkan ukhuwah antara peserta yang terdiri dari remaja sekitar Benut, Rengitdan Johor Bahru melalui pendakian selama 5jam ini.

Antara aktiviti menarik lain yang dijalankan adalah permainan 7-Subhanallah , Usrah Remaja Super , pencarian harta ukhrawi (hidayah dan taufik) , serta pelbagai aktiviti mencabar yang lain.

Untuk sebarang pmakluman mengenai aktiviti-aktiviti KRIM di Johor, hubungi Cikgu Ismail Ali di talian 019-7533161.

Saturday 18 February 2012

24-25 FEBRUARI 2012 :KEM MOTIVASI JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN ASRAMA DESA SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT



KEM MOTIVASI JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN
Zero to Hero



Cetusan Anjakan Paradigma Ke Arah
Peribadi Holistik

ASRAMA DESA SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT

ANJURAN BERSAMA

ISMA TRAINING AND MANAGEMENT ( ITMA )

TARIKH :
24 – 25 FEBRUARI 2012


TEMPAT :
ASRAMA DESA, SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN

Sunday 5 February 2012

6 FEBRUARI 2012 : SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2012



SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN
UPSR 2012

Zero to Hero
Cetusan Anjakan Paradigma Ke Arah
Peribadi Holistik


SEKOLAH RENDAH ISLAM
SUNGAI KAJANG, PESERAI,
BATU PAHAT

6 FEBRUARI 2012


DIKENDALIKAN OLEH :
ISMA TRAINING & MANAGEMENT (ITMA)