BANNER SEMINAR ANAK SOLEH ANAK CEMERLANG
Jenis Perniagaan : Menganjurkan motivasi,Pengurusan majlis,Jualan produk buku,Membekalkan alatan pejabat,pakaian Muslim,Design ( Kad,Poster dan Banner ) dan Membekal makanan dan minuman. No Pendaftaran : JM 0583778-V
Monday, 3 December 2012
15 NOVEMBER 2012 : SEMINAR MOTIVASI ANAK SOLEH ANAK CEMERLANG
DI MASJID JAMIK TEMENGGUNG DAING ABDUL RAHMAN BENUT
PENDAFTARAN PESERTA
SLOT DOA-MOHON RESTU ALLAH
SLOT PERKONGSIAN MOTIVASI CIKGU TUMIN
SLOT PERKONGSIAN MOTIVASI USTAZ MOHD FAIRIZ
SLOT TEMAN BARUKU
Friday, 23 November 2012
14 NOVEMBER 2012 : SEMINAR MOTIVASI ANAK SOLEH ANAK CEMERLANG
DI MASJID JAMIK BANDAR PONTIAN
BANNNER PROGRAM SEMINAR MOTIVASI ANAK SOLEH ANAK CEMERLANG
DEWAN SEMINAR MASJID JAMIK BANDAR PONTIAN
SLOT 3 S-SALAM,SENYUM DAN SAPA
SLOT PERKONGSIAN BERSAMA CIKGU TUMIN YATMAN
SLOT PERKONGSIAN BERSAMA USTAZ MOHD FAIRUZ ALI AKHBAR
Thursday, 22 November 2012
10 NOVEMBER 2012 : MENYAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA AD-DEEN
Cikgu Ismail bin Ali berkesempatan menyampaikan perkongsian motivasi bersama ibubapa anak-anak Tadika.
Sunday, 11 November 2012
Kita, anak soleh?
Sifat anak yang soleh...
Mentaati ibu ayah..
Tidak membantah malah mentaatinya....
Lirik 'Anak Soleh' nyanyian kumpulan nasyid UNIC ini, benar-benar memberi kesan. Bait-bait lirik yang membawa makna besar dalam diri seorang anak. Wajar bagi individu yang bergelar anak, mengambil iktibar daripada senikata lirik ini. Ya, saya, awak, kita, sebagai anak, perlu menghayatinya.
Sedikit perkongsian mengenai anak soleh. Pada hemat saya, pandangan Ustaz Baei ini sesuai untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita, sebagai seorang anak.
.......................................................................................................................................................................................
Tindakan anak soleh
Di sini saya menyenaraikan tindakan wajar yang patut dilakukan oleh anak terhadap ibu mereka:
1. Mentaati perintah ibu
Sebagai anak anda wajib mentaati perintah ibu berdasarkan ayat di atas. Malah Rasulullah ada bersabda dalam hadis yang masyhur:
الجنة تحت اقدام الامهات
Maksudnya: Syurga di bawah tapak kaki ibu.
Maknanya untuk menikmati syurga anak perlu mengikut langkah dan rentak ibu. Apa yang dikata dan apa yang disuruh perlu diikut. Namun ketaatan itu hendaklah pada perkara yang tidak menderhakai Allah. Sabda Rasulullah:
لا طاعة لمخلوق فى معصية الخالق
Maksudnya: Tiada ketaatan kepada perkara yang menjurus kepada maksiat terhadap Allah.
Maknanya jika ibu menyuruh anak mencuri barang orang atau menyuruh anaknya menyebarkan fitnah, maka perkara itu tidak boleh ditaati. Tetapi perlu diingat, larangan ini tidak bermaksud anak boleh menentang ibu. Malah anak tidak boleh memusuhi ibu. Sebaliknya anak perlu memberi alasan yang islami mengapa dia tidak boleh mentaati perintah ibu itu.
Ingatlah ibu tetap ibu walaupun mereka terdiri daripada orang yang pernah derhaka kepada Allah. Walaupun anak tidak boleh mentaati ibu dalam perkara maksiat, tidak bermakna si anak boleh mengisytiharkan perang terhadap ibu. Jadi, perkara baik yang disuruh tetap wajib ditaati, hanya perkara yang bercanggah dengan Islamsahaja yang patut diabaikan.
2. Berdoa untuk ibu
Berdasarkan ayat 24 Surah al-Isra’ di atas, si anak wajar mendoakan ibunya semasa hidupnya apatah lagi selepas dia mati. Sabda Rasulullah:
اذا مات ابن الادم انقطع عمله الا ثلاث، صدقة جارية،
علم ينتفع به، وولد صالح يدعوله
Maksudnya: “Apabila mati anak Adam terputus amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
Namun tiga perkara di atas banyak bergantung kepada usaha ibu semasa hidupnya. Kalau ibu banyak buat sedekah yang berupa wakaf, tentu faedahnya berkekalan, kalau ibu ada mendidik anaknya dan anak orang lain dengan ilmu yang berfaedah atau dia menghasilkan buku yang boleh dimanfaatkan orang lain,tentulah manfaatnya berpanjangan. Begitu juga kalau anaknya soleh, pasti dia mendoakan ibunya baik waktu hidup mahu waktu matinya.
3. Tidak menyakitkan hati ibu
Anak tidak boleh menyakitkan hati ibu walau dalam keadaan apa sekalipun. Walaupun anak tidak suka kepada tindakan ibu, tidak bolehlah bertindak menyakitkan hatinya. Carilah jalan yang boleh membuatkan ibu sentiasa gembira. Ingatlah sabda Rasulullah yang antara lain bermaksud:
“Keredaan Allah s.w.t. ada dalam keredaan ibu bapa, dan murka Allah ada dalam kemurkaan ibu bapa.”
4. Tidak menyusahkan ibu
Anak juga tidak wajar menyusahkan ibu dalam apa tindakan. Kadang-kadang anak tidak sedar bahawa tindakannya boleh menyebabkan ibu menjadi susah hati. Permintaan yang bukan-bukan juga boleh menyebabkan ibu rasa susah untuk mendapatkannya. Kalau ibu orang yang berada, bolehlah dia mengadakannya, namun hati ibu tetap tidak senang. Apatah lagi kalau ibu orang yang miskin.
Berdasarkan senarai ini saya dapati pengorbanan ibu yang begitu besar, jarang dihargai. Anak-anak sering mengabaikan ibu, apatah lagi sesudah tua. Oleh sebab itu amat wajarlah hari ini disambut sebagai Hari Ibu. Setidak-tidaknya anak yang terlalai seketika dapat dikejutkan semula. Walaupun dalam Islam, mentaati, menghormati dan mengasihi ibu perlu dibuat setiap hari, tetapi realitinya tidak begitu. Oleh sebab itu mulai hari ini kasihilah ibu dan kekalkanlah dalam keadaan itu sehingga ke akhir hayat.
Ingatlah pesanan Rasulullah, tiga keadaan umat manusia yang mereka tidak akan masuk syurga iaitu orang yang membuat dosa kepada ibu bapa, orang yang tiada cemburukan anak atau isterinya bertemu dengan orang laki-laki (yang bukan mahram), dan orang perempuan yang (berpakaian) menyerupai laki-laki. Wallahu a'lam.Wednesday, 17 October 2012
ANTARA IQ, EQ, SQ DAN ESQ
Mengikut kajian, masyarakat Malaysia umumnya telah menyedari akan kepentingan motivasi di dalam diri mereka. Ini adalah kerana mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Mengapa saya berkata demikian? Sedangkan kita tahu ramai rakyat Malaysia telah mengecapi kekayaan dan kesenangan. "Mengapa mereka perlu merasa kosong, sedangkan mereka boleh dapatkan apa saja?" Ini adalah persoalan-persoalan yang mungkin akan terkeluar dari mulut anda semua.
Sebenarnya makin kaya seseorang itu, makin mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Hubungan mereka dengan keluarga makin renggang, hubungan suami isteri semakin longgar dan yang paling penting hubungan dengan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t semakin jauh. Itulah yang dirasai oleh kebanyakkan daripada kita sekarang ini. Kita sedar akan bencana dan malapetaka yang berlaku disekeliling kita, dan kita tahu dunia semakin hari semakin menuju ke zaman kemusnahan (Kiamat). Dan kita sedar yang kita perlu bertaubat, tetapi berapa ramaikah diantara kita yang melalukannya (Taubat). Ini saya peringatkan diri saya juga.
Tidak mustahillah ramai di antara kita boleh merasakan diri mereka sekarang ini kosong dan tidak bermakna. Oleh kerana demikian, motivasi diri dan motivasi sahsiah diri diperlukan oleh semua orang. Sebab itu banyak syarikat-syarikat kecil mahupun besar berlumba-lumba untuk menghantar para pekerjanya ke kursus-kursus motivasi, bina insan, bina pasukan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan hati para pekerja mereka.
Lebih daripada 10 tahun dahulu kita telah disogok dengan perlunya IQ (Kecerdasan Minda). Kemudian kita juga diperkenalkan dengan EQ (Kecerdasan Emosi). Ini adalah kerana apabila kita disogok dengan perlunya IQ, masyarakat telah lupa bahawasanya pentingnya mengurus emosi. Sehinggakan golongan interlektual dan golongan mempunyai tahap IQ yang tinggi tidak lagi mementingan dan menjaga emosi orang di 0sekitarnya. Oleh sebab itu, wujudnya EQ. Tetapi kita masih lagi merasakan diri kita tidak lengkap walaupun diri kita telah diperlengkapi dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi). Ramai yang mengatakan mereka masih lagi memerlukan sesuatu untuk diri mereka.
Sebagai pelengkap hidup ini, satu lagi elemen telah ditambah untuk memastikan hidup kita tidak lagi kosong. Rupanya selama ini, kita hanya mengejar duniawi tanpa menyedari bahawa pentingnya kita mengejar akhirat. Kita telah disogokkan dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi), tetapi itu semua bertunjalkan duniawi. Walhal kita tahu akan wujudnya alam akhirat. Oleh itu, sebagai pelengkap dan pengimbang antara dunia dan akhirat kita telah diperkenalkan dengan SQ (Kecerdasan Spritual). SQ ialah satu elemen yang membawa kita dekat dengan pencipta kita dan seterusnya memberi kita jaminan untuk kita bahagia di akhirat. SQ telah dianggap elemen yang menyelamatkan dan mengisi kekosongan yang selama ini dikecapi oleh masyarakat kita hari ini.
Hari ini IQ, EQ dan SQ telah bergabung dan menjadi ESQ. Iaitu gabungan yang terbaik buat masa ini akan boleh melahirkan mukmin yang sejati. Sebenarnya tanpa disedari perkara ini telah dijumpai oleh pemikir-pemikir barat dan mereka telah memperkenalkan perkara ini sudah lama, tetapi kita umat Islam sahaja yang masih mencari-cari perkara ini. Walaupun dalam Al-Quran dan Hadis telah dinyatakan, tetapi kita seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya.
Tuesday, 16 October 2012
TAZKIRAH : TENTANG HIDUP INI
"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.
Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.
Semoga Kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

Wednesday, 4 July 2012
15 JULAI 2012 ( AHAD ) : ITMA MENGANJURKAN SEMINAR MOTIVASI ANAK CEMERLANG - PENAMPILAN ISTIMEWA NAZREY JOHANI
Remaja / Anak-anak bermasalah???
Mengapa memandang secara negatif?
Adalah lebih baik memberi alternatif
Jika makna diri difahami secara aktif
Potensi mereka terserlah secara kolektif
Pada 15 Julai 2012 ini
Pastikan anak-anak anda bersama kami
Menghadiri
Seminar Motivasi Anak Cemerlang
Anak Soleh Anak cemerlang
Anjuran Masjid Al-Jawaher
dengan Kendalian Isma Training And Management ( ITMA )
dengan Kendalian Isma Training And Management ( ITMA )
Penampilan istimewa Saudara Nazrey Johani Artis / Motivator / Pendakwah
Melalui seminar ini
Mereka dapat mengenal diri mereka sendiri,
siapa mereka,apa tujuan hidup mereka
dan apakah amanah dipertanggungjawab pada bahu mereka.
Adalah diharapkan dengan pendedahan ini,mereka dapat melihat kehidupan ini dengan lebih jelas dan membuat keputusan-keputusan yang wajar demi masa depan mereka.
TARIKH :15 Julai 2112(AHAD)
TEMPAT : BALAI ISLAM AL-JAWAHER,
MASJID AL-JAWAHER,
MUTIARA RINI,SKUDAI
PENYERTAAN :
Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan Sek. Men./ Sek.Keb.Tahap 2
( TEMPAT TERHAD
100 PESERTA SAHAJA )
RM
35.00 SAHAJA
(
Pakej lengkap : makan /minum /sijil/ nota )
ANJURAN :
MASJID AL-JAWAHER,
MUTIARA RINI
KENDALIAN
:
ISMA
TRAINING AND MANAGEMENT
( ITMA )
TENTATIF SEMINAR :
15 JULAI 2012 ( AHAD )
8.30 - 9.00 :
Ketibaan Peserta / Pendaftaran / Sarapan
9.00 - 9.30 : Taklimat
Program
9.30-10.30 : Input 1-Kenapa Tidak Bermotivasi
10.30 – 12.30 : Input 2-Aku Anak Cemerlang – Akhlak
Anak Cemerlang
( Sdr. Nazrey Johani-Artis / Motivator /
Pendakwah )
12.30 – 1.30 : Makan / Zohor
2.30 – 4.00 : Input 3 –Mencipta Kecemerlangan
4.00 – 4.30 : Muhasabah / Doa
4.30-5.00 : Asar /
Bersurai
Pelepasan Ibu Bapa / Penjaga
Saya
…………………………........................……......……...
(Nama
penuh Ibu/Bapa/Penjaga)
No K/P :
……………………......………..........................……
Beralamat di
…………….................................................
...........................................................................
merupakan Ibu/Bapa/Penjaga
kepada
…………………………………………...............................(Nama
penuh murid / pelajar)
No K/P : ……………………...........
yang bersekolah di ……………......................................................…..
dengan ini memberi kebenaran kepada anak-anak jagaan saya untuk turut serta
dalam Program Seminar Motivasi Anak Cemerlang Anak Soleh Anak Cemerlang anjuran Masjid Al-Jawaher,Mutiara Rini dengan
kerjasama ISMA TRAINING AND MANAGEMENT (
ITMA ) pada 15 Julai 2012 ini.
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga
....................................................
( )
Borang Pendaftaran
Nama : ……………………............……..........
No K/P :
……..……………................................
Alamat : …………………..........................…...
…………………......……………..............................
E-mail : ……..............….......................................
No Telefon rumah : ….......………………........….......
No Telefon Bimbit :.....................................................
Nama Sekolah : ....................................................... .
Nama Ibubapa / Penjaga :..........................................
Pekerjaan
:.................................................................
Pengakuan
Saya berminat untuk menyertai Seminar Motivasi Anak Cemerlang ( Anak Soleh
Anak Cemerlang ) anjuran Masjid
Al-Jawaher. Mutiara Rini dengan kerjasama ITMA ( ISMA Training And
Management ) pada 15 Julai 2012 ini.
SILA HANTAR BORANG PENDAFTARAN INI / SAHKAN PENYERTAAN KEPADA WAKIL PIHAK
KAMI SEBELUM 13 JULAI 2012
Tandatangan pelajar
....................................................
( )
Keterangan lanjut hubungi kami
:
●KAUNSELOR-KAUNSELOR
SEKOLAH
●MODERATOR PROGRAM : CIKGU
ISMAIL - 019-7533161
● AJK MASJID
AL-JAWAHER, MUTIARA RINI
Thursday, 24 May 2012
28 APRIL 2012 : PERKONGSIAN MOTIVASI PELAJAR MENCAPAI KECEMERLANGAN CALON SPM 2012 SMK BENUT
Cikgu Ismail Ali memulakan slot Ceramah menarik perhatian peserta.
Sebahagian perserta lelaki
Sebahagian peserta perempuan
Memohon doa sebahagian perjalanan penyampaian Slot
Wednesday, 18 April 2012
14-15 APRIL 2012 : KEM MOTIVASI JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN UPSR,SK ANDEK MORI,SERKAT,PONTIAN
MODERATOR KEM MEMBERI TAKLIMAT KEPADA PARA PESERTA
FASILITATOR ITMA BERSAMA AHLI KUMPULAN DALAM AKTIVITI BAHTERA KASIH
KEM MOTIVASI JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN UPSR 2012
Zero to Hero’
FASILITATOR PEREMPUAM YANG SEDIA MEMBANTU
Cetusan Anjakan Paradigma Ke Arah Peribadi Holistik
SEKOLAH KEBANGSAAN ANDEK MORI
ANJURAN BERSAMA
ISMA TRAINING AND MANAGEMENT ( ITMA )
TARIKH :
14-15 April 2012
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN ANDEK MORI
Thursday, 23 February 2012
7 FEBRUARI 2012 : ITMA JOHOR DAN BRIGADE KRIM JOHOR MENARIK REMAJA MENAWAN GUNUNG LAMBAK,KLUANG
50 REMAJA TAWAN GUNUNG LAMBAK
KLUANG 7 Feb – ‘Hidayah dan Taufik yang Ku Cari’ , tema jelajah program Briged KRIM ( Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ) sekitar Rengit,Pontian dan Johor Bahru diadakan buat kali kedua. Kali ini destinasi kawasan rekreasi Gunung Lambak, Kluang, Johor menjadi pilihan.
Ekspidisi Tawani Gunung Lambak yang bermisikan ‘Mencari Redha Ilahi’ dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Surah Az-Zumar, oleh saudara Kamil, bermula ayat 21 hingga 22, menerangkan tentang perbezaan tentang muslim yang menerima taufik dan hidayah dengan mukmin yang tidak menerima taufik dan hidayah.
Seterusnya, pengenalan utuh berdiri sebuah usrah dan ukhuwah berlandaskan rukun 3T, (taaruf, tafahum dan takaful) oleh Cikgu Ismail Ali. Tegasnya lagi, remaja perlu ada agenda, remaja perlu peka dan sensitif dengan 6 destinasi kehidupan yang penuh mehnah dan ujian sebagai penyubur keimanan dalam diri setiap remaja.
Penghayatan makna sebenar ‘hidayah’ dan ‘taufik’ dijelaskan di hujung program. Hidayah bermaksud petunjuk manakala taufik bermaksud bimbingan. Hakikatnya, hidayah dan taufik perlu dicari, bukan ditunggu, tegas beliau lagi.
Briged KRIM yang mempunyai pakej pembangunan jati diri yang memfokuskan ke arah pembangunan dan peningkatan kemahiran insaniah, pembangunan diri dan kerjaya, aktiviti luar dan sukarelawan serta pembangunan spiritual dan kerohanian ini telah berjaya mengeratkan ukhuwah antara peserta yang terdiri dari remaja sekitar Benut, Rengitdan Johor Bahru melalui pendakian selama 5jam ini.
Antara aktiviti menarik lain yang dijalankan adalah permainan 7-Subhanallah , Usrah Remaja Super , pencarian harta ukhrawi (hidayah dan taufik) , serta pelbagai aktiviti mencabar yang lain.
Untuk sebarang pmakluman mengenai aktiviti-aktiviti KRIM di Johor, hubungi Cikgu Ismail Ali di talian 019-7533161.

Saturday, 18 February 2012
24-25 FEBRUARI 2012 :KEM MOTIVASI JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN ASRAMA DESA SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT
KEM MOTIVASI JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN
Zero to Hero
Cetusan Anjakan Paradigma Ke Arah
Peribadi Holistik
ASRAMA DESA SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT
ANJURAN BERSAMA
ISMA TRAINING AND MANAGEMENT ( ITMA )
TARIKH :
24 – 25 FEBRUARI 2012
TEMPAT :
ASRAMA DESA, SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT, PONTIAN
Subscribe to:
Posts (Atom)